Tel : 05-527 7777, 05-526 5476, 05-526 5477, 05-527 5597 Fax : 05-527 0702 ilpipoh@jtm.gov.my

PENGURUSAN SUMBER

PENGENALAN

Bahagian Pengurusan Sumber berperanan penting dalam menguruskan latihan serta keperluan dan kemudahan sumber fizikal bagi kegunaan pegawai dan pelajar ILP Ipoh. Bahagian ini bertindak dalam menguruskan pengambilan pelajar bagi kursus sepenuh masa dan kurus jangka pendek, menjalankan tugas-tugas mempromosikan Institut serta menjalinkan hubungan dengan industri, perkara berkaitan mesin, peralatan, infrastruktur dan bahan latihan, menguruskan pentauliahan, peperiksaan, persijilan dan latihan kakitangan, mengawal selia sistem komputer dan rangkaian serta Pusat Sumber bagi memastikan sistem dan penyampaian latihan pelajar di Institut ini berjalan dengan lancar mengikut keperluan dan standard yang telah ditetapkan. Ini memastikan Institut memberikan perkhidmatan dan latihan yang berkualiti seterusnya melahirkan graduan yang berkemahiran tinggi, berketerampilan dan berdaya saing selaras dengan visi dan misi Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Sumber Manusia.

Bahagian Pengurusan Sumber terbahagi kepada 7 bahagian utama mengikut fungsi utama.

  1. Bahagian Pengurusan Pelajar & Latihan (BPPL)
  2. Bahagian Pembangunan dan Penyelenggaraan Aset (BPPA)
  3. Bahagian Kawalan Kualiti Latihan (BKKL)
  4. Unit Pusat Sumber dan Komputer (UPSK)
  5. Unit Promosi & CESS
  6. Unit Pengurusan Psikologi (UPPsi)
  7. Bahagian Pentadbiran & Kewangan
Skip to content