Tel : 05-527 7777, 05-526 5476, 05-526 5477, 05-527 5597 Fax : 05-527 0702 ilpipoh@jtm.gov.my

JABATAN MEKANIKAL (PENGELUARAN)

PENGENALAN

Jabatan Mekanikal Pengeluaran merupakan salah satu daripada dua jabatan yang terdapat di Institut Latihan Perindustrain (ILP) Ipoh. Jabatan ini menawarkan kursus-kursus yang berasaskan mekanikal diperingkat Sijil dan Diploma. Persijilan adalah Sijil Teknologi Perindustrian (STP) yang ditauliahkan oleh Jabatan Tenaga Manusia (JTM), Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Tahap 3 dan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4, yang ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). Pelajar akan dianugerahkan persijilan setelah berjaya menamatkan latihan dan memenuhi semua syarat.

Jabatan Mekanikal Pengeluaran terus mengorak langkah dalam menawarkan perkhidmatan latihan kemahiran berkualiti, efisien dan profesional menerusi bidang ilmu kemahiran berteraskan mekanikal bagi melahirkan graduan yang berkemahiran tinggi dan berdaya saing. Bagi menghasilkan graduan yang mantap berkemahiran Jabatan Mekanikal Pengeluaran mempunyai tenaga pengajar profesional, dedikasi dan berpengalaman. Kemudahan infrastruktur disediakan dengan lengkap bagi keperluan pelajar agar berupaya mencapai kecemerlangan dalam bidang Teknikal.

Jabatan Mekanikal Pengeluaran terdiri daripada:
Bahagian Teknologi CADD Mekanikal (Pembuatan)
Bahagian Teknologi Foundri
Bahagian Teknologi Seramik
Bahagian Teknologi Kimpalan
Bahagian Teknologi Fabrikasi Struktur Logam (Minyak & Gas)

 Jabatan Mekanikal Pengeluaran di ketuai oleh seorang Ketua Jabatan (KJ) dan dibantu oleh lima (5) orang Ketua Bahagian (KB) serta seramai 36 orang pengajar yang mahir dan berpengalaman.

OBJEKTIF

  • Mewujudkan peluang kepada belia lepasan sekolah mendapatkan latihan kemahiran.
  • Mengeluarkan tenaga mahir dalam bidang teknologi tinggi yang berterusan dengan mewujudkan kesinambungan kepada institusi latihan kemahiran peringkat yang lebih tinggi.
  • Meningkatkan kemahiran tenaga kerja sedia ada dalam sektor industri.
  • Memberikan peluang kepada pelajar memilih bidang teknologi kemahiran yang bersesuaian dengan permintaan industri.

Kursus yang ditawarkan di Jabatan Mekanikal Pengeluaran, ILP Ipoh adalah seperti berikut:

1. Teknologi CADD Mekanikal (Pembuatan) – Persijilan SKM Tahap 3 & DKM Tahap 4
2. Teknologi Foundri – Persijilan SKM Tahap 3
3. Teknologi Seramik – Persijilan SKM Tahap 3
4. Teknologi Kimpalan – Persijilan SKM Tahap 3
5. Teknologi Fabrikasi Struktur Logam (Minyak & Gas) – Persijilan SKM Tahap 3

KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN

Jabatan Mekanikal Pengeluaran dilengkapi dengan kemudahan bengkel dan bilik kuliah untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Kemudahan yang disediakan di jabatan ini mengikut bahagian adalah:

  • Teknologi CADD Mekanikal (Pembuatan);
  • 3D Printer yang boleh menghasilkan sophisticated model
  • Printer yang boleh menghasilkan saiz AO
  • Komputer dengan perisian AutoDesk Inventordan Autocad
  • Mesin larik
  • Mesin kisar
  • Mesin gerudi
  • Mesin canai
  • Pelbagai alatan tangan
  • Bilik kuliah dan makmal komputer berhawa dingin

 

  • Teknologi Seramik
  • Mesin Powder Press
  • Kiln
  • Mesin pengering (Drying machine for ceramic process)
  • Silk screen
  • Mesin Jolly Jigger
  • Extrusion, Mixer
  • Ball mill
  • Pelbagai alatan tangan
  • 3 buah bilik kuliah

 

  • Teknologi Foundri
  • Induction furnace
  • Investment casting
  • Spin casting
  • Die casting
  • Sand blast
  • Shell moulding
  • Kiln
  • Sand mixer
  • Pelbagai alatan tangan
  • Alat pengukuran seperti Charping testdan Hardness test
  • Pelbagai alat pengukuran jitu
  • Pelbagai mesin kerja-kerja kayu membuat paten
  • buah bilik kuliah

 

  • Teknologi Kimpalan
  • Mesin Kimpalan Jenis SMAW
  • Mesin Kinpalan Jenis GMAW
  • Mesin Kimpalan Jenis GTAW
  • Mesin Kimpalan Jenis PAW
  • Mesin Kimpalan Jenis SAW
  • Multi Process Welding Machine
  • Resistance Welding Machine
  • Carbon Arc Gouging Machine
  • Plastic Welding Kit
  • Shearing Machine
  • Plasma Cutting Machine
  • Power Saw Industrial Bend
  • Workshop Grinding Machine
  • Pipe Bevelling Machine
  • Plate Bevelling Machine
  • Electrode Baking Oven
  • Air Compressor
  • Pillar Drilling Machine
  • Guided Bend Tester Plunger
  • Mesin Larik Konvensional (Lathe Machine)
  • Forklift Truck (Diesel)
  • Welding Bay Proses SMAW – 40 unit
  • Welding Bay Proses GMAW – 12 unit Semuanya lengkap dengan Fume Extractor (LEV)
  • Welding Bay Proses GTAW – 12 unit

 

  • Teknologi Fabrikasi Struktur Logam (Minyak & Gas)
  • Bending Machine
  • Cutting Machine
  • Rolling Machine
  • Drilling Machine
  • Air Plasma Cutting Machine
  • Portable Bevelling Cutting Machine (Oxy-Acetylene)
  • Welding Machine
  • Air Compressor
  • Grinding Machine

Skip to content