Tel : 05-527 7777, 05-526 5476, 05-526 5477, 05-527 5597 Fax : 05-527 0702 ilpipoh@jtm.gov.my

JABATAN ELEKTRIKAL & ELEKTRONIK

PENGENALAN

Jabatan Elektrikal dan Elektronik merupakan salah satu daripada dua jabatan yang terdapat di Institut Latihan Perindustrian Ipoh. Jabatan ini menawarkan kursus-kursus yang berteraskan elektrikal dan elektronik di peringkat sijil dan juga kursus-kursus berteraskan mekanikal pembuatan. Persijilan seperti Sijil Teknologi Perindustrian Jabatan Tenaga Manusia dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 akan dianugerahkan kepada pelajar yang menamatkan latihan dengan jayanya

Jabatan Elektrikal dan Elektronik terus mengorak langkah dalam menawarkan perkhidmatan latihan kemahiran berkualiti yang efisien dan professional menerusi bidang ilmu yang luas berteraskan elektrikal dan elektronik bagi melahirkan graduan yang berkemahiran tinggi dan berdaya saing. Bagi mencapai hasil kerja yang membanggakan, Jabatan Elektrikal dan Elektronik mempunyai tenaga pengajar yang professional, dedikasi dan berpengalaman serta mempunyai infrustruktur yang cukup, bagi keperluan pelajar agar berupaya mencapai kecemerlangan dalam latihan.

 Jabatan Elektrikal dan Elektronik terdiri daripada 5 bahagian iaitu:

CARTA ORGANISASI JABATAN

 Jabatan ini diketuai oleh seorang ketua jabatan dan dibantu oleh 5 orang ketua bahagian serta seramai 34 orang barisan pengajar yang berpengalaman.

 OBJEKTIF

  • Mewujudkan peluang untuk belia lepasan sekolah mendapatkan latihan kemahiran
  • Mengeluarkan tenaga mahir dalam bidang teknologi tinggi yang berterusan dengan mewujudkan kesinambungan kepada institusi latihan kemahiran peringkat menengah
  • Meningkatkan kemahiran tenaga kerja sedia ada dalam sektor industri.

KURSUS SEPENUH MASA

Kursus yang ditawarkan di Jabatan Elektikal dan Elektronik, ILP Ipoh adalah seperti berikut:

  • Sijil Teknologi Perindustrian-Teknologi Elektrik
  • Sijil Teknologi Perindustrian-Teknologi Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara
  • Sijil TEknologi Perindustrian-Teknologi Pembuatan Perkakasan-Dai
  • Sijil Teknologi Perindustrian-Teknologi Penyenggaraan Mekanikal

 KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN

Jabatan Elektrikal dan Elektronik dilengkapi dengan kemudahan bengkel dan bilik kuliah yang kondusif untuk memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran di antara pengajar dengan pelajar. Antara kemudahan yang wujud di jabatan ini mengikut bahagian adalah :

Teknologi Elektrik

  • Wiring Bay
  • Switch Board
  • Rumah Contoh Satu Fasa dan Tiga Fasa
  • Bilik Kuliah

Teknologi Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara

  • PLC Training Kit
  • Basic Refrigerant Training Unit
  • Automotive Air Conditioning Unit
  • Bengkel Selenggara Penyaman Udara Kenderaan
  • Makmal Elektrik
  • Bilik Kuliah

Bahagian Teknologi Pembuatan Perkakasan (Die)

  • Mesin Larik Konvensional
  • Mesin Kisar Konvensional
  • Mesin Canai Konvensional
  • Mesin CNC Larik
  • Mesin CNC Kisar
  • Mesin CNC Canai
  • Mesin CNC EDM Wire Cut
  • Mesin CNC EDM Sinker
  • Press Machine
  • Coordinate Measuring Machine
  • Roughness Tester Machine
  • Hardness Tester Machine
  • Roundness Tester Machine
  • Drilling Machine
  • Power Saw
  • Air Compressor
  • Pedestal Grinder
  • Tool & Cutter Grinder

Bahagian Teknologi Penyenggaraan Mekanikal

  • Universal Testing Machine
  • Mesin larik
  • Mesin kisar
  • Mesin gerudi
  • Mesin canai
  • Mesin kimpalan
  • Pelbagai alatan tangan
  • Makmal hidraulik
Skip to content