Tel : 05-527 7777, 05-526 5476, 05-526 5477, 05-527 5597 Fax : 05-527 0702 ilpipoh@jtm.gov.my

BAHAGIAN PENDIDIKAN UMUM

PENGENALAN

Bahagian Subjek Umum adalah bahagian akademik sokongan yang bertanggungjawab membantu jabatan latihan induk dalam mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran. Ia mempunyai misi yang penting bagi menyediakan pendidikan secara formal dan tidak formal bagi modul Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Matematik Kejuruteraan, sains Kejuruteraan, Keusahawanan dan juga Bahasa Inggeris.

Bahagian yang mempunyai misi yang penting ini disasarkan melahirkan warga Institut Latihan Perindustrian Ipoh serta bakal tenaga kerja mahir yang berkeperibadian mulia dengan penerapan nilai-nilai Islam dan moral melalui proses pengajaran dan pembelajaran secara formal atau tidak.

Ia juga bakal merealisasikan Falsafah Pendidikan Negara dalam mencapai wawasan yang diidamkan. Bagi aplikasi globalisasi, para pelajar didedahkan kepada penggunaan Bahasa Inggeris yang bakal melariskan mereka di pasaran kerja kelak. Ia bakal menaikkan imej Institut Latihan Perindustrian Ipoh dan para graduasi ke peringkat yang lebih baik.

KEANGGOTAAN BAHAGIAN

Pegawai yang berkhidmat dibahagian ini terdiri daripada 4 orang berjawatan tetap. Pegawai tersebut adalah Pegawai Kader (Pegawai yang dipinjamkan) dari Kementerian Pelajaran Malaysia. Jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) gred DG 41 hingga Gred DG52. Skop Pengajaran Subjek terdiri daripada Subjek Matematik , “Technical English” Bahasa Inggeris , Pendidikan Islam, Pendidikan Moral , Keusahawanan dan Sains Kejuruteraan.

 

TUGAS DAN PERANAN BAHAGIAN / PERKHIDMATAN YANG DIBERIKAN

– Bertanggungjawab kepada Pengarah di Institusi Jabatan Tenaga Manusia dalam menyelaraskan kegiatannya pada peringkat kebangsaan di institusi sebagaimana yang ditentukan.

– Bertanggungjawab dalam penyediaan dan menjalankan program latihan bagi subjek umum mengikut keperluan yang diarahkan oleh Pengarah.

– Bertanggungjawab secara terus tentang mutu dan keberkesanan kursus / latihan subjek umum yang dijalankan.

– Merancang, merangka dan membangun kurikulum dan bahan latihan kursus subjek umum.Bekerjasama dengan kakitangan yang diberi kuasa dalam Bahagian Urusan Latihan dalam penyediaan dan pembuatan alat bantuan pembelajaran.

– Memberi khidmat nasihat berkenaan subjek dan menyemak nota-nota kuliah.

– Mengguna dan menyelenggara peralatan di makmal untuk subjek yang berkenaan.

– Bekerjasama dengan bahagian Latihan dalam penyediaan jadual-jadual kelas.

– Mengendali kelas dan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengannya dan mengemaskini bahan latihan dan peralatan makmal.

-Menyertai aktiviti pentadbiran dan kebajikan / rekreasi dalam Bahagian Perkhidmatan Latihan.

– Menyempurnakan lain-lain tugas atau menerima lain-lain tanggungjawab bagi kepentingan Bahagian Latihan dari masa ke semasa.

Skip to content