Tel : 05-527 7777, 05-526 5476, 05-526 5477, 05-527 5597 Fax : 05-527 0702 ilpipoh@jtm.gov.my

DIPLOMA TEKNOLOGI CADD MEKANIKAL (PEMBUATAN)

01
08
10
09
04
previous arrow
next arrow
PENGENALAN

Program Diploma Kemahiran Malaysia Teknologi CADD (Computer Aided Drafting & Design) Mekanikal (Pembuatan) adalah program yang dibangunkan khas kepada pelajar-pelajar yang berkelulusan Sijil Kemahiran Malaysia Pelukisan Pelan Mekanikal Tahap 3 (MC-080-3:2013). CADD ialah salah satu perkakasan penting di dalam semua bidang terutamanya bidang pembuatan, kerana memudahkan, mempercepatkan dan mengurangkan risiko dalam penghasilan produk.

Bahagian Tek. CADD Mekanikal (Pembuatan) di ILP Ipoh ialah satu-satunya Institut Latihan Perindustrian di bawah Jabatan Tenaga Manusia yang menawarkan program Diploma Kemahiran Malaysia (DKM Tahap 4) untuk Tek. CADD Mekanikal (Pembuatan) yang mengguna pakai kod NOSS Pentadbiran Servis Pelukisan Pelan Mekanikal (MC-080-4:2013).

Program DKM Tek. CADD Mekanikal (Pembuatan) bertujuan melahirkan tenaga mahir dalam bidang rekabentuk dan pembuatan, tertumpu kepada industri pembuatan terutamanya. Pelajar akan dilatih dalam pengurusan dan pentadbiran berkaitan pelukisan pelan mekanikal, proses rekabentuk dan pembuatan mekanikal di dalam industri pembuatan. Pelajar juga didedahkan dengan kemahiran berkaitan Revolusi Industri 4.0. Antara fokus pengajian berkaitan IR 4.0 ialah Pembuatan Aditif (Additive Manufacturing) dan Realiti Terimbuh (Augmented Reality).

SYARAT KEMASUKAN

1. Warganegara Malaysia
2. Berumur 17 hingga 35 tahun;
3. Memenuhi syarat khas kursus (sila rujuk syarat khas kursus);
5. Lulus dalam sesi temuduga yang dijalankan.
6. Tidak buta atau buta warna atau rabun (tidak berkacamata /tidak berkanta lekap) atau pekak (tanpa alat bantuan) atau bisu atau cacat fizikal/anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.

SYARAT KHAS KURSUS

1. Memenuhi Syarat Am Kemasukan (Sila rujuk syarat am di atas);
2. Mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam SALAH SATU bidang berikut:

* MC-080-3:2013: Pelukisan Pelan Mekanikal; atau
* MC-081-3 / H-051-3: Pelukis Pelan Kanan (Kejuruteraan Mekanikal).

PENSIJILAN

Pelajar yang tamat kursus dengan jayanya akan dianugerahkan sijil-sijil berikut:

* Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4 dari Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia.

TEMPOH

2 TAHUN 3 BULAN

KURSUS SEMESTER TEMPOH

K18 TEKNOLOGI CADD MEKANIKAL (PEMBUATAN)

SEMESTER 1
6 Bulan
SEMESTER 2
6 Bulan
SEMESTER 3
(Latihan Industri)
6 Bulan
STRUKTUR KURSUS

Rujukan Noss / NOSS references:

MC-080-4:2013 MECHANICAL DRAUGHTING SERVICES ADMINISTRATION LEVEL 4

SEMESTER

MODUL / MODULE

Semester 1

K18-31-11 Draughting Project Engagement
K18-31-12 Drawing Production Administration
K18-21-13 Drawing Filing Administration
K18-21-14 Draughting Office Facilities Maintenance Administration
K18-21-15 Draughtmanship Training Administration
K18-41-16 Draughting Services Departmental Management Assistance
K18-11-17 Final Year Project 1

Semester 2

K18-32-11 Metrology & Metalurgy
K18-42-12 Engineering Drawing
K18-32-13 Engineering Design
K18-32-14 Reverse Engineering
K18-52-15 Final Year Project 2

Semester 3

Latihan Industri
Industrial Training
LALUAN KERJAYA

Pelajar yang tamat peringkat sijil berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma, mendapatkan pensijilan kompetensi dalam bidang atau terus bekerja.

Sambung belajar

MTUN (Laluan Apel C)

Sijil kompetensi berkaitan

Autodesk Certified Professional Inventor
Autodesk Certified Professional AutoCAD

Peluang kerjaya

Pelukis Pelan Mekanikal, Pembantu Jurutera, Pereka CAD Mekanikal, Operator CAD dan bidang-bidang mekanikal yang berkaitan
Skip to content