Tel : 05-527 7777, 05-526 5476, 05-526 5477, 05-527 5597 Fax : 05-527 0702 ilpipoh@jtm.gov.my

SIJIL TEKNOLOGI FABRIKASI STRUKTUR LOGAM (MINYAK DAN GAS)

25
20
16
12
previous arrow
next arrow
PENGENALAN

Kursus Teknologi Fabrikasi Struktur Logam (Minyak dan Gas) yang ditawarkan mendedahkan pelajar kepada pengetahuan dan kemahiran berkaitan proses membuat, merekabentuk, memasang dan membaiki struktur logam dengan cara mengimpal, merivet, memasang bolt & nut, memotong dengan pelbagai cara, melipat, menggulung dan lain-lain cara mengikut piawaian industri masa kini. Pelajar juga diajar memahami, mentafsir dan merancang projek, seterusnya membuat lukisan pembentangan berdasarkan lukisan kejuruteraan. Pelajar kursus ini juga diajar teknik-teknik mengimpal dari asas hingga kedudukan 3F dan 3G. Lepasan pelajar kursus ini berkemampuan memasang struktur logam kerangka bangunan, boiler, tangka air atau minyak, tangki bertekanan tinggi (Pressure Vessel), Kerangka kenderaan berat dan lain-lain peralatan berasaskan logam. Para pelajar lepasan kursus ini boleh menceburi pelbagai bidang pekerjaan di syarikat-syarikat pembinaan dan industri berat seperti loji minyak dan gas, perkapalan dan automotif.

SYARAT KEMASUKAN

(i) Berumur 17 hingga 35 tahun;

(ii) Tamat Tingkatan 5;

**Tidak buta / buta warna / rabun / pekak ( tanpa alat bantuan ) / bisu / cacat fizikal / anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.

PENSIJILAN

Pelajar yang Berjaya tamat kursus akan dianugerahkan sijil-sijil berikut:

* Sijil Teknologi Perindustrian dari Jabatan Tenaga Manusia (JTM), Kementerian Sumber Manusia.

* Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dari Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia.

TEMPOH

2 TAHUN 3 BULAN

KURSUS SEMESTER TEMPOH

A09-SIJIL TEKNOLOGI PERINDUSTRIAN (TEKNOLOGI FABRIKASI STRUKTUR LOGAM (MINYAK DAN GAS))

SEMESTER 1
6 Bulan
SEMESTER 2
6 Bulan
SEMESTER 3
6 Bulan
SEMESTER 4
6 Bulan
SEMESTER 5
(Latihan Industri)
3 Bulan
STRUKTUR KURSUS

Rujukan Noss / NOSS references:

NOSS: OG-011-3:2011 (Operasi Fabrikasi Struktur Logam) / (Metal Structure Fabrication Operation)

SEMESTER

MODUL / MODULE

Semester 1

A09-21-21: Fabrication Drawing 1
A09-21-22: Measurement and Fitting Work
A09-21-23: Cutting Process (Gas Cutting)
A09-21-24: Welding Process SMAW
A09-21-25: Rolling and Bending Work
A09-31-26: Fabrication Work (Parallel Line and Radial Line Method

Semester 2

A09-22-21: Welding Process (GMAW)
A09-22-22: Welding Process (GTAW)
A09-22-23: Fabrication Drawing 2
A09-32-24: Fabrication Work (Triangulation Method)
A09-42-25: Structure Fabrication

Semester 3

A09-43-21: Project Planning
A09-43-22: Fabrication Drawing 3
A09-43-23: Fabrication Material
A09-43-24: Fabrication Work 2 (Parallel Line and Radial Line Method)

Semester 4

A09-34-21: Automatic Cutting Process
A09-34-22: Structure Pre-Assembly
A09-44-23: Structure Assembly
A09-44-24: Welding Process (GMAW and FCAW)
A09-24-25: Quality Control
HAK 4131: Workers Rights
ENT 4131: e-Entrepreneurship

Semester 5

Latihan Industri
Industrial Training

LALUAN KERJAYA

Pelajar yang tamat peringkat sijil berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma, mendapatkan pensijilan kompetensi dalam bidang atau terus bekerja.

Sambung belajar

Institut Latihan Perindustrian Kuantan,
UNIKL
Malaysian France Institute

Sijil kompetensi berkaitan

CSWIP
NDT COORDINATOR
NDT OPERATOR

Peluang kerjaya

Jurukimpal Arka Logam Gas (MIG, Fluxcore, TIG)
Jurukimpal Arka Logam Berperisai (SMAW)
Fitter Marker (Pelukis dan Penanda Bahan Projek)
Fitter/Welder Fitter atau pekerjaan lain yang berkaitan dalam bidang Fabrikasi Logam (Minyak dan Gas)
Skip to content