Tel : 05-527 7777, 05-526 5476, 05-526 5477, 05-527 5597 Fax : 05-527 0702 ilpipoh@jtm.gov.my

PERUTUSAN PENGARAH

Selamat Datang ke Web ILP IPOH

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Dan Salam Sejahtera.

Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih dan mengalu-alukan semua pihak yang melayari Laman Web Institut Latihan Perindustrian Ipoh. Memang tidak dinafikan di era teknologi maklumat dan komunikasi ini, laman web menjadi medium yang penting bagi sesebuah organisasi dalam menyampaikan apa sahaja maklumat dan pengetahuan untuk dikongsi bersama.

Saya berharap agar laman web ini dapat memberikan maklumat serta mampu membantu menyebarkan dan memberikan informasi terkini dengan sebaik mungkin kepada semua pihak. Saya juga amat mengalu-alukan pandangan dan cadangan membina sebagai penambahbaikan serta memantapkan maklumat-maklumat yang dipaparkan dalam laman web ini.

Semoga semua maklumat di dalam laman ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Sekalung tahniah kepada Jawatankuasa Laman Web dan semua pihak yang terlibat dalam menghasilkan laman web ini.

Sekian, terima kasih.


TS. AZMI BIN MAT
Pengarah Insitut Latihan Perindustrian Ipoh

Skip to content