Tel : 05-527 7777, 05-526 5476, 05-526 5477, 05-527 5597 Fax : 05-527 0702 ilpipoh@jtm.gov.my

SIJIL TEKNOLOGI KIMPALAN

Kimp 04
Kimp 02
Kimp 05
Kimp 06
Kimp 07
previous arrow
next arrow
PENGENALAN

Program Sijil Teknologi Perindustrian, JTM dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), JPK bagi Kursus Teknologi Kimpalan yang ditawarkan akan mendedahkan pelajar kepada pengetahuan dan kemahiran berkaitan proses-proses mengimpal ke atas logam serta kaedah pemotongan logam yang digunakan seperti pemotongan gas Oksi-Asitilin, Pemotongan Disk, Pemotongan Plasma dan Mesin Gergaji Kuasa. Seterusnya, pelajar akan mempelajari kemahiran membaca lukisan blueprint dan simbol serta pelbagai proses mengimpal seperti SMAW, GMAW, GTAW dan SAW. Pelbagai kaedah sambungan kimpalan terhadap plat dan paip turut dipelajari pada kedudukan tertentu seperti 1F, 2F, 3F, 4F, 1G, 2G, 3G, 4G, 5G, 6G dan 6GR. Setiap sambungan kimpalan yang dibuat akan melalui proses pengujian dan pemeriksaan. Para pelajar lepasan kursus ini boleh menceburi pelbagai bidang pekerjaan di syarikat-syarikat pembinaan dan industri berat seperti loji minyak dan gas, perkapalan dan automotif

SYARAT KEMASUKAN

(i) Berumur 17 hingga 35 tahun;

(ii) Tamat Tingkatan 5;

**Tidak buta / buta warna / rabun / pekak ( tanpa alat bantuan ) / bisu / cacat fizikal / anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.

PENSIJILAN

Pelajar yang berjaya tamat kursus akan dianugerahkan sijil-sijil berikut:

* Sijil Teknologi Perindustrian dari Jabatan Tenaga Manusia (JTM), Kementerian Sumber Manusia.
* Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dari Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia.
* Sijil WQT (Welder Qualification Test) dari Jabatan Tenaga Manusia (JTM), Kementerian Sumber Manusia.

TEMPOH

2 TAHUN 3 BULAN

KURSUS SEMESTER TEMPOH

A08-SIJIL TEKNOLOGI PERINDUSTRIAN (TEKNOLOGI KIMPALAN)

SEMESTER 1
6 Bulan
SEMESTER 2
6 Bulan
SEMESTER 3
6 Bulan
SEMESTER 4
6 Bulan
SEMESTER 5
(Latihan Industri)
3 Bulan
STRUKTUR KURSUS

Rujukan Noss / NOSS references:

MC-024-3:2012 (PROSES SMAW ARKA LOGAM BERPERISAI) / (SHIELDED METAL ARC WELDING – SMAW PROCESS)

SEMESTER

MODUL / MODULE

Semester 1

A08-31-21: Workshop Practice
A08-21-22: Fabrication Drawing 1
A08-31-23: SMAW Process – Fundamental
A08-31-24: SMAW Process – Carbon Steel Plate 1
A08-41-25: SMAW Process – Carbon Steel Pipe 1

Semester 2

A08-22-21: SMAW Process – Carbon Steel Plate 2
A08-42-22: SMAW Process – Carbon Steel Plate 3
A08-42-23: SMAW Process – Carbon Steel Pipe 2
A08-22-24: SMAW Process – Stainless Steel Plate
A08-42-25: GMAW Process – Stainless Steel Plate

Semester 3

A08-23-21: Fabrication Drawing 2
A08-33-22: GTAW Process – Carbon Steel Plate
A08-33-23: GTAW Process – Stainless Steel Plate
A08-33-24: GTAW Process – Aluminium Plate
A08-33-25: FCAW Process – Carbon Steel Plate
A08-33-26: Other Welding Process

Semester 4

A08-44-21: SMAW Process – Carbon Steel Pipe 3
A08-44-22: SMAW Process – Carbon Steel Pipe 4
A08-44-23: GTAW Process – Carbon Steel Pipe
A08-44-24: GMAW dan GTAW Combination Process
A08-24-25: Fabrication Work
HAK 4131: Workers Rights
ENT 4131: e-Entrepreneurship

Semester 5

Latihan Industri
Industrial Training

LALUAN KERJAYA

Pelajar yang tamat peringkat sijil berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma, mendapatkan pensijilan kompetensi dalam bidang atau terus bekerja.

Sambung belajar

ADTEC Shah Alam, ADTEC Batu Pahat, ADTEC Jerantut dan ADTEC Kemaman, UNIKL ,IKTBN

Sijil kompetensi berkaitan

Inspektor Kimpalan Visual (WI CSWIP 3.0)
Inspektor Kimpalan (WI CSWIP 3.1)
Inspektor Kanan Kimpalan (WI CSWIP 3.2)
Pengimpal Dalam Air (Under Water Welder)

Peluang kerjaya

Pengimpal Gas / Pengimpal Arka Logam atau pekerjaan lain yang berkaitan dengan bidang kimpalan

SUCCESS STORY

Skip to content