Tel : 05-527 7777, 05-526 5476, 05-526 5477, 05-527 5597 Fax : 05-527 0702 ilpipoh@jtm.gov.my

PELAJAR SEMASA

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR

 Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Ditubuhkan Dalam Membangunkan Personaliti Dan Idea Seorang Pemimpin Dalam Kalangan Pelajar. MPP Akan Dibentuk Melalui Pembelajaran Pengurusan, Kepimpinan, Pelaksanaan Aktiviti, Etika Majlis Dan Motivasi Bagi Membolehkan Mereka Mempunyai Nilai Tambah Yang Berbeza Kepada Pelajar Lain. MPP Mempunyai Peranan Membantu Pihak Pengurusan Dalam Mengenalpasti Keperluan Dan Kebajikan Pelajar. Selain Itu Mpp Juga Bertindak Menghidupkan Suasana Institut Dengan Pelbagai Agenda Dan Aktiviti Untuk Pelajar.

 MATLAMAT

Menggalakkan proses kepimpinan berlaku dalam kalangan pelajar

  1. Mendidik pelajar menguruskan sesuatu aktiviti untuk pelajar lain
  2. Menjadi role model terbaik kepada pelajar lain
  3. Mengimarahkan aktiviti dalam Institut
  4. Menggalakkan budaya murni, positif, rasional dan menghindari budaya negatif atau sebarang aktiviti yang memudaratkan.

 FUNGSI

Menerajui pelajar yang berkepimpinan selain mampu mengurus diri dan orang lain untuk keharmonian bersama.

JAWATANKUASA MPP

  1. Presiden (selaku ketua pelajar)
  2. Timbalan Presiden 1
  3. Timbalan Presdien 2
  4. Setiausaha
  5. Bendahari
  6. Exco Protokol dan Tugas Khas

-Menyelaras kerja-kerja berkaitan protokol majlis, penyediaan lokasi, jemputan dan lain-lain hal yang melibatkan keperluan teknikal dan lokaliti program.

  1. Exco Sukan dan Reakreasi

-Menyelaras segala aktiviti sukan yang melibatkan pelajar sama ada pertandingan ataupun aktiviti harian.

8. Exco Kerohanian dan Hal Ehwal Agama

– Menyelaras aktiviti berkiatan dengan kerohanian dan hal ehwal pengurusan surau Institut

  1. Exco Kebajikan dan Khidmat Sosial

-Menyelaras  segala hal berkaitan dengan kebajikan pelajar sama ada di asrama ataupun di kelas. Bertindak sebagai orang tengah dalam menguruskan segala aktiviti kemasyarakatan di luar.

  1. Exco Hal Ehwal Siswi

-Menyelaras aktiviti dan kebajikan pelajar perempuan bagi memastikan perjalanan di asrama dan kelas teratur.

  1. Exco Integrasi Pelajar

-Menyelaras aktiviti dan kebajikan pelajar bukan Melayu yang dilihat sebagai pelajar minoriti.

  1. Exco Kesihatan dan Makanan

-Menyelaras aktiviti dewan makan dan menyelaras masalah kesihatan dalam kalangan pelajar. Mengurus kes-kes kesihatan untuk perhatian pihak Pengurusan.

  1. Exco Hal Ehwal Kolej Vokasional

-Menyelaras aktivti dan kebajikan pelajar Kolej Vokasional yang ada di Institut ini.

  1. Ketua Blok

-Menyelaras aktiviti Blok di Institut yang terbahagi kepada 3 blok asrama yang utama. Memastikan perjalanan segala aktiviti pelajar di asrama dalam keadaan teratur dan selamat.

Skip to content