Tel : 05-527 7777, 05-526 5476, 05-526 5477, 05-527 5597 Fax : 05-527 0702 ilpipoh@jtm.gov.my

PERSATUAN PENGAKAP KELANA

Pengenalan :

Persatuan Pengakap Kelana ILP Ipoh telah ditubuhkan bermula tahun 2007. Di awal penubuhan persatuan ini, ILP Ipoh bekerjasama dengan Pengakap Kelana Kinta Utara bagi menggerakkan aktiviti dan pengisian ilmu pengakap kepada para pelajar.

Antara tujuan penubuhan Pengakap Kelana di ILP Ipoh adalah :-
– Membimbing dan memupuk semangat dan mengasuh cara pemikiran melalui pendidikan tidak formal kepada pelajar.
– Memupuk pelajar yang bertanggungjawab terhadap masyarakat dan negara.
– Memperkenalkan pelajar yang aktif.
– Memberikan perkhidmatan kepada masyarakat dan negara.
– Melengkapi ahli-ahli dengan cabaran dan peluang untuk meningkatkan kebolehan diri sendiri.
– Membolehkan ahli-ahli melengkapi diri mereka dengan kehidupan yang lebih memuaskan dan berfaedah.
– Mengambil bahagian dengan aktif dalam peningkatan pergerakan Pengakap.

Antara Aktiviti yang dijalankan oleh Pengakap Kelana ILP Ipoh adalah :
1) Kelas teori (setiap Selasa)
– Pelajar akan diajar dengan ilmu pengakap seperti undang-undang pengakap, kawad kaki. peta topo & kompas, pertolongan cemas, ilmu masakan rimba dan lain-lain.

2) Perkhemahan Tahunan
– Pelajar akan terlibat dengan aktiviti perkhemahan yang diadakan di luar lapangan bagi mendedahkan para pelajar tentang situasi dan ilmu pengakap.
– Perkhemahan tahunan ini diadakan pada pelajar semester dua.

AJK Pengakap Kelana ILP Ipoh Sesi 2/2023

Pengerusi : Azril Khairi Bin Ab Razak
Setiausaha : Pn. Hasneyza Bt Sayuti
AJK :
1. En. Anuar bin Sulong
2. En. Zairul Irzman Bin Abdul Rani
3. Pn. Salina Binti Abu Mansor
4. En. Mohd Zamri Afenddy Bin Zakaria
5. En. Haidzir Bin Adam
6. En. Mohd Fazizi Bin Mat Rasidi

Skip to content