
Senarai kursus Latihan 1 Malaysia yang telah di jalankan di ILP Ipoh. More Info »
Update : Senarai Kursus Modular yang ditawarkan di ILP Ipoh More Info>>
Borang Permohonan Pendaftaran Kursus ICT Percuma secara Online. Klik Sini>>
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Dan Salam Sejahtera.
Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih dan mengalu-alukan semua pihak yang melayari Laman Web Institut Latihan Perindustrian Ipoh. Memang tidak dinafikan di era teknologi maklumat dan komunikasi ini, laman web menjadi medium yang penting bagi sesebuah organisasi dalam menyampaikan apa sahaja maklumat dan pengetahuan untuk dikongsi bersama.
Saya berharap agar laman web ini dapat memberikan maklumat serta mampu membantu menyebarkan dan memberikan informasi terkini dengan sebaik mungkin kepada semua pihak. Saya juga amat mengalu-alukan pandangan dan cadangan membina sebagai penambahbaikan serta memantapkan maklumat-maklumat yang dipaparkan dalam laman web ini.
Semoga semua maklumat di dalam laman ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Sekalung tahniah kepada Jawatankuasa Laman Web dan semua pihak yang terlibat dalam menghasilkan laman web ini.
Sekian, terima kasih.
En Jamil Yahya
Pengarah Insitut Latihan Perindustrian Ipoh
Sukacita dimaklumkan bahawa satu Pembentangan Status 5S Setiap Zon akan diadakan seperti berikut :-
| Tarikh | : | 18 Mei 2012 (Jumaat) |
| Masa | : | 2.45 petang |
| Tempat | : | Bilik Mesyuarat Isa |
Kepada pagawai dan kakitangan yang terlibat yang diwajibkan hadir.
Sukacita dimaklumkan bahawa satu Mesyuarat Jawatankuasa Laman Web Bil 1/2012 akan diadakan seperti berikut :-
| Tarikh | : | 17 Mei 2012 (Khamis) |
| Masa | : | 10.00 pagi |
| Tempat | : | Bilik Mesyuarat Isa |
Kepada pagawai dan kakitangan yang terlibat yang diwajibkan hadir.
Program Corporate Sosial Responsibility `Sinaran Kehidupan’ ILP Ipoh adalah satu bentuk Program Khidmat Masyarakat yang dirancang bagi melatih dan memberi pendedahan kepada pelajar untuk mengaplikasikan kemahiran yang dipelajari di samping menabur bakti kepada masyarakat yang memerlukan. Program ini juga bertujuan untuk mempromosikan ILP Ipoh kepada semua lapisan masyarakat. Pelajar program ini terdiri daripada pelajar-pelajar Semester 2 dan 4 Teknologi Elektrik, Institut Latihan Perindustrian Ipoh, Perak.
Sila klik ikon dibawah ini untuk memuatturun lapuran penuh aktiviti tersebut.
Dimaklumkan bahawa capaian Aplikasi HRMIS bagi https://hrmisone.eghrmis.gov.my dan https://internet.eghrmis.gov.my
mengalami gangguan capaian kerana web server tersebut berhadapan gangguan teknikal yang tidak dijangkakan dan pihak teknikal JPA sedang membaikinya bagi menangani masalah tersebut.
Sila gunakan alamat capaian HRMIS lain seperti berikut:
i. http://hrmis2.eghrmis.gov.my
Segala kesulitan amatlah dikesali. Harap maklum.
Jumaat, 18 Mei 2012 09:26






![]() | Hari ini | 320 |
![]() | Semalam | 452 |
![]() | Minggu Ini | 3250 |
![]() | Minggu Lepas | 3225 |
![]() | Bulan Ini | 8616 |
![]() | Bulan Lepas | 13131 |
![]() | Keseluruhan | 129240 |
Institut Latihan Perindustrian Ipoh.
Kawasan Perindustrian Taman Meru
30020 Jelapang, Perak Darul Ridzuan
Tel : +605-527 7777, +605-526 5476
Fax: +605-527 0702
Email : info@ilpipoh.gov.my