INOVASI
Pertandingan Creativity & Inovative Competition (CITEC 2023)
2 Mac 2023, Khamis || Sekalung tahniah dan syabas buat pasukan Inovasi ILP Ipoh atas kejayaan mendapat Anugerah Pingat Emas & Gangsa dalam pertandingan Creativity & Inovative Competition (CITEC 2023) anjuran Jabatan Tenaga Manusia (JTM). Pengajar, En Ahmad Ramli bin Mohamed Ismail daripada bahagian Teknologi Fabrikasi Logam telah mendapat Anugerah Pingat Emas dengan tajuk projek Inovasi : Multiladder. Bagi projek yang telah mendapat Pingat Gangsa pula diketuai oleh Pengajar, En Mohd Haiqal Karim bin Nordin bersama ahli kumpulannya, En. Riduan bin Mohd Zulkifli, Puan Hamidah binti Wahab, Puan Norkhida binti Yahiya dan Puan Samsiah binti Yusuf daripada Bahagian Teknologi CADD Mekanikal (Pembuatan) dengan tajuk projek Inovasi : Smart Drawing Projection Teaching Aid Kit Integrated With Augmented Reality. Semoga ianya memberikan semangat kepada pelajar dan kakitangan dalam membudayakan inovasi di Institut dan menaikkan nama Institut ke peringkat yang lebih tinggi.