20.05.23-21.05.23 || Program TVET ILP Ipoh Memperkasakan Komuniti Orang Asli
IPOH – Pada 20 hingga 21 Mei 2023, Institut Latihan Perindustrian (ILP) Ipoh telah menganjurkan sebuah kursus jangka pendek bertajuk ‘Program TVET Insitu-Mudahnya Terbangkan Drone Eko-Pelancongan Orang Asli Tahun 2023’ di Chalet Kampung Orang Asli Beswok, Sungai Siput, Perak Darul Ridzuan. Kursus ini melibatkan 12 orang peserta dari pelbagai kampung dalam negeri Perak seperti Kampung Beswok, Kampung Yum, Lata Kinjang, Tonggang, dan Sungai Tiang. Tujuan utama penganjuran kursus ini adalah untuk memberikan kemahiran penerbangan drone dengan menawarkan latihan teori dan amali serta kemahiran penyuntingan video dan muzik untuk tujuan promosi pelancongan di perkampungan Orang Asli.
Layari facebook rasmi ILPIPOH – XTVT ILPIPOH @ https://www.facebook.com/xtvtilpipoh untuk gambar selebihnya