Tel : 05-527 7777, 05-526 5476, 05-526 5477, 05-527 5597 Fax : 05-527 0702 ilpipoh@jtm.gov.my

SIJIL TEKNOLOGI PENYENGGARAAN MEKANIKAL

11
08
09
10
02
previous arrow
next arrow
PENGENALAN

Program Sijil Teknologi Perindustrian, JTM dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), JPK bagi Kursus Teknologi Penyenggaraan Mekanikal mendedahkan pelajar kepada pengetahuan dan kemahiran berkaitan bidang kerja-kerja asas logam, teknik-teknik kimpalan arka dan gas, fabrikasi logam, menyelenggara dan membaiki pelbagai jenis mesin, sistem pam, sistem penghantaran (Conveyor system), penggunaan mesin pneumatic dan hidraulik serta “Programming Logic Control” (PLC). Para pelajar juga diajar kaedah melukis dan menginterpretasi lukisan kejuruteraan. Kursus ini juga mendedahkan pelajar kepada kaedah membuat pelbagai perkakasan dan alat ganti dengan menggunakan mesin kisar, mesin larik, mesin canai dan mesin gerudi. Para pelajar lepasan kursus ini boleh menceburi banyak bidang pekerjaan di industri termasuk syarikat-syarikat pembuatan industri berat seperti penerbangan, perkapalan dan automotif.

SYARAT KEMASUKAN

(i) Berumur 17 hingga 35 tahun;

(ii) Tamat Tingkatan 5;

**Tidak buta / buta warna / rabun / pekak ( tanpa alat bantuan ) / bisu / cacat fizikal / anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.

PENSIJILAN

Pelajar yang berjaya tamat kursus akan dianugerahkan sijil-sijil berikut:

* Sijil Teknologi Perindustrian dari Jabatan Tenaga Manusia (JTM), Kementerian Sumber Manusia.
* Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dari Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia.

TEMPOH

2 TAHUN 3 BULAN

KURSUS SEMESTER TEMPOH

A01-SIJIL TEKNOLOGI PERINDUSTRIAN (TEKNOLOGI PENYENGGARAAN MEKANIKAL)

SEMESTER 1
6 Bulan
SEMESTER 2
6 Bulan
SEMESTER 3
6 Bulan
SEMESTER 4
6 Bulan
SEMESTER 5
(Latihan Industri)
3 Bulan
STRUKTUR KURSUS

Rujukan NOSS / NOSS references

ME-010-3:2012 (Operasi Penyenggaraan Mekanikal) / (Industrial Maintenance Operation)

SEMESTER

MODUL / MODULE

Semester 1

A01-11-11: Workshop Safety
A01-21-12: Technical Drawing
A01-21-13: Measurement Of Material
A01-31-14: Fitting Operation
A01-21-15: Material Joint Operation
A01-21-16: Basic Arc Welding
A01-21-17: Basic Gas Welding

Semester 2

A01-22-11: Workshop Management
A01-12-12: Technical Drawing 2
A01-22-13: Machining Operation
A01-32-14: Lathe Machine Mechanical Maintenance
A01-32-15: Milling Machine Mechanical Maintenance
A01-22-16: Drilling Machine Mechanical Maintenance

Semester 3

A01-23-11: Pipe Fitting Maintenance
A01-33-12: Rotating Equipment Maintenance
A01-23-13: Electrical/ Electronic Drawing
A01-33-14: Electrical/ Electronic Maintenance
A01-33-15: Welding Machine Maintenance

Semester 4

A01-34-11: Pneumatic System Maintenance
A01-44-12: Hydraulic System Maintenance
A01-44-13: PLC System Maintenance
A01-34-14: Conveyor Equipment Maintenance
HAK 4131: Workers Rights
ENT 4131: e-Entrepreneurship

Semester 5

Latihan Industri
Industrial Training

LALUAN KERJAYA

Pelajar yang tamat peringkat sijil berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma, mendapatkan pensijilan kompetensi dalam bidang atau terus bekerja.

Sambung belajar

ADTEC Kemaman
UNIKL
IKTBN

Sijil kompetensi berkaitan

OGSP (Oil & Gas Safety Passport)
BOSIET (Basic Offshore Safety Induction and Emergency Training)

Peluang kerjaya

 Juruteknik Penyenggaraan Mekanikal, Pembantu Jurutera, Penyelia Penyenggaraan Mekanikal dan Elektro Mekanikal seperti Industri berkenaan dengan peralatan mesin dan jentera, mesin yang di import, pengeluar komponen mekanikal, Industri yang mempunyai sistem automasi, Industri automotif, perkapalan dan industri Minyak dan Gas

SUCCESS STORY

Skip to content