Tel : 05-527 7777, 05-526 5476, 05-526 5477, 05-527 5597 Fax : 05-527 0702 ilpipoh@jtm.gov.my

BERITA DAN AKTIVITI

LAWATAN PENANDA ARAS ELECTRIC VEHICLE CHARGING STATION (EVCS)
Pada 4 September 2025 (Khamis), jam 10.30 pagi, ADTEC JTM Kampus Ipoh berbesar hati menerima kunjungan daripada ADTEC JTM Kampus Jerantut bagi sesi Lawatan Penanda Aras Electric Vehicle Charging Station (EVCS).
Lawatan ini bertujuan untuk mendapatkan pendedahan dan perkongsian secara langsung mengenai:
🔹Pelaksanaan dan pengoperasian sistem pengecasan kenderaan elektrik
🔹Pendekatan pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam bidang EV Charging Station
🔹Kemudahan serta infrastruktur latihan berkaitan teknologi pengecasan EV
Program ini juga menjadi platform kerjasama serta jaringan strategik antara institut di bawah JTM bagi memperkukuh keupayaan dalam bidang teknologi kenderaan elektrik yang semakin pesat berkembang di Malaysia.
ADTEC JTM Kampus Ipoh amat menghargai kepercayaan dan inisiatif ADTEC JTM Kampus Jerantut untuk bersama-sama berkongsi pengalaman serta amalan terbaik dalam bidang ini. Semoga lawatan ini dapat memberikan manfaat besar kepada semua pihak demi memperkasa agenda TVET negara.