PANDUAN TATACARA PERMOHONAN PROGRAM TVET
Poster ini menerangkan secara ringkas tatacara permohonan Program TVET yang ditawarkan oleh ADTEC JTMmelalui portal UP_TVET. Proses permohonan bermula dengan pendaftaran akaun dan pengemaskinian profil pemohon, diikuti dengan pengisian maklumat akademik. Pemohon kemudian boleh mencari dan memilih kursus serta institusi ADTEC JTM yang dikehendaki sebelum menghantar permohonan.
Selepas permohonan dihantar, pemohon perlu menyemak status permohonan melalui portal atau e-mel. Jika berjaya, pemohon akan menerima tawaran kursus dan boleh memuat turun surat tawaran rasmi.
-
-
-
-




