Tel : 05-527 7777, 05-526 5476, 05-526 5477, 05-527 5597 Fax : 05-527 0702 ilpipoh@jtm.gov.my

DASAR & OBJEKTIF KUALITI

DASAR KUALITI

JTM adalah komited kepada pemberian perkhidmatan latihan kemahiran teknikal yang berkualiti melalui proses penambahbaikan berterusan untuk memastikan keberkesanan Sistem Pengurusan Kualiti, bagi memenuhi keperluan para pelanggannya.

OBJEKTIF KUALITI

Objektif Kualiti Jabatan Tenaga Manusia adalah:

  1. Memastikan peruntukan mengurus disalurkan ke ILJTM dalam tempoh dua (2) minggu selepas waran diterima daripada Kementerian Sumber Manusia.
  2. Memastikan semua kakitangan JTM mengikuti sekurang-kurangnya satu program peningkatan kemahiran pada setiap tahun.
  3. Memastikan sekurang-kurangnya 85% dari perancangan latihan tahunan kakitangan dilaksanakan.
  4. Memberi respon kepada semua jenis pertanyaan dan aduan dalam masa 24 jam.
  5. Memberi jawapan kepada aduan pelanggan dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh aduan diterima dan 7 hari bekerja dari tempoh menerima maklumat dari pihak ketiga;
  6. Memastikan pelajar-pelajar ILJTM disahkan layak dianugerahkan sijil / diploma berdasarkan keputusan jawatankuasa berkenaan dalam tempoh lapan (8) minggu selepas tamat sesi latihan bagi semester tersebut;
  7. Memastikan kadar kejayaan purata graduan bagi semua persijilan tidak kurang daripada 85% yang menduduki peperiksaan akhir;
  8. Memastikan kurikulum latihan kemahiran dikaji semula sekurang-kurangnya sekali        dalam tempoh 5 tahun;
  9. Mengiklankan maklumat peluang latihan kemahiran bagi kursus jangka panjang di ILJTM selewat-lewatnya tiga (3) bulan sebelum pengambilan;
  10. Mengeluarkan tawaran kemasukan bagi kursus jangka panjang selewat-lewatnya tiga (3) minggu sebelum kursus bermula;
  11. Memastikan sekurang-kurangnya 80% daripada jumlah keseluruhan kapasiti           perancangan pengambilan pelajar setahun dicapai;
  12. Melaksanakan sekurang-kurangnya 24 aktiviti promosi latihan kemahiran setahun di setiap ILJTM;
  13. Memastikan aktiviti pemeriksaan keselamatan di bahagian-bahagian latihan dan premis ILJTM dilaksanakan sekurang-kurangnya 2 kali setahun oleh Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ILJTM;
  14. Melaksanakan sekurang-kurangnya 2 aktiviti berkaitan penyelidikan dan pembangunan keperluan latihan teknikal melalui soal selidik dalam setahun.

 JTM komited untuk memastikan objektif kualiti tersebut di atas tercapai dan akan menilainya semula dari masa ke semasa.

Skip to content