BERITA DAN AKTIVITI




PROGRAM LAWATAN INDUSTRI KE ESNET ACADEMY, IPOH PERAK
28 OGOS 2025
ESnet Academy, yang diasaskan pada tahun 2000, merupakan sebuah institusi ternama yang berperanan sebagai pusat kecemerlangan dalam bidang pendidikan dan latihan automotif. Bidang kepakaran kami merangkumi pelbagai disiplin berkaitan automotif, bermula daripada penyelenggaraan kenderaan, pembaikan badan, pengecatan semburan berketepatan tinggi, sehinggalah kepada teknologi terkini Kenderaan Elektrik (EV).
Pada 28 Ogos 2025, satu program Lawatan Industri telah dianjurkan oleh Ahli Jawatankuasa Kepakaran Penyelenggaraan Elektrik (JKK PE) bersama-sama tenaga pengajar dari Bahagian Teknologi Elektrik, ADTEC JTM Kampus Ipoh ke ESnet Academy. Lawatan ini turut disertai oleh Tuan Pengarah ADTEC JTM Kampus Ipoh, Ts. Dr. Badrul Amin bin Badrul, dan Pengerusi JKK PE, Ts. Zamzuri bin Hassan bersama empat (4) orang ahli JKK PE serta dua belas (12) orang peserta dari ADTEC JTM Kampus Ipoh.
Tujuan utama lawatan ini adalah untuk:
1. Memberi pendedahan mengenai teknologi dan perkembangan terkini kenderaan elektrik (EV).
2. Meneroka potensi kerjasama dalam memastikan kurikulum pengajaran sentiasa seiring dengan teknologi terkini serta amalan terbaik industri.
3. Menyemai kesedaran terhadap kepentingan transformasi pendidikan dalam bidang automotif sejajar dengan agenda peralihan tenaga bersih negara.
Secara keseluruhannya, lawatan industri ini telah memberikan impak positif dari segi ilmu, pengalaman, dan rangkaian kerjasama yang berpotensi dibangunkan pada masa hadapan. Ia juga menjadi pemangkin kepada usaha memperkasa TVET dalam bidang automotif dan elektrik, sekaligus menyokong agenda negara ke arah mobiliti hijau dan pengurangan karbon.