JABATAN ELEKTRIK & ELEKTRONIK

PENGENALAN

Jabatan Elektrikal dan Elektronik merupakan salah satu daripada tiga jabatan yang terdapat di Institut Latihan Perindustrian Ipoh. Jabatan ini menawarkan kursus-kursus yang berteraskan elektrikal dan elektronik di peringkat sijil. Persijilan seperti Sijil Juruteknik Perindustrian Jabatan Tenaga Manusia dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 akan dianugerahkan kepada pelajar yang menamatkan latihan dengan jayanya

Jabatan Elektrikal dan Elektronik terus mengorak langkah dalam menawarkan perkhidmatan latihan kemahiran berkualiti yang efisien dan professional menerusi bidang ilmu yang luas berteraskan elektrikal dan elektronik bagi melahirkan graduan yang berkemahiran tinggi dan berdaya saing. Bagi mencapai hasil kerja yang membanggakan, Jabatan Elektrikal dan Elektronik mempunyai tenaga pengajar yang professional, dedikasi dan berpengalaman serta mempunyai infrustruktur yang cukup, bagi keperluan pelajar agar berupaya mencapai kecemerlangan dalam latihan.

 Jabatan Elektrikal dan Elektronik terdiri daripada :

  • Bahagian Teknologi Elektrik,
  • Bahagian Teknologi Komputer (Sistem),
  • Bahagian Teknologi Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara.
  • Bahagian Subjek Umum (JTM)

Jabatan ini diketuai oleh seorang ketua jabatan dan dibantu oleh empat orang ketua bahagian serta seramai 25 orang barisan pengajar yang berpengalaman.

OBJEKTIF

  • Mewujudkan peluang untuk belia lepasan sekolah mendapatkan latihan kemahiran
  • Mengeluarkan tenaga mahir dalam bidang teknologi tinggi yang berterusan dengan mewujudkan kesinambungan kepada institusi latihan kemahiran peringkat menengah
  • Meningkatkan kemahiran tenaga kerja sedia ada dalam sektor industri.

Kursus yang ditawarkan di Jabatan Elektikal dan Elektronik, ILP Ipoh adalah seperti berikut:

  • Teknologi Elektrik
  • Teknologi Komputer (Sistem)
  • Teknologi Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara

 KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN

Jabatan Elektrikal dan Elektronik dilengkapi dengan kemudahan bengkel dan bilik kuliah yang terbaik untuk memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran antara pengajar dengan pelajar. Antara kemudahan yang wujud di jabatan ini mengikut bahagian adalah :

Teknologi Elektrik;
– Wiring Bay
– Switch Board
Rumah Contoh
Bilik Kuliah

Teknologi Komputer (Sistem);
– Makmal Pemasangan
– Makmal Rangkaian
– Makmal Multimedia
– Bilik Kuliah

Teknologi Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara;
– PLC Training Kit
Basic Refrigerant Training Unit
Automotive Air Conditioning Unit
– Bengkel Selenggara Penghawa Dingin Kenderaan
– Makmal Elektrik
– Bilik Kuliah