PENGURUSAN SUMBER

PENGENALAN

Bahagian Pengurusan Sumber berperanan penting dalam menguruskan keperluan dan kemudahan sumber fizikal bagi kegunaan pegawai dan pelajar ILP Ipoh. Bahagian ini bertindak dalam menguruskan perkara berkaitan mesin dan peralatan, infrastruktur, bahan latihan, pentauliahan, peperiksaan dan persijilan, latihan kakitangan, sistem komputer dan rangkaian serta pusat sumber bagi memastikan sistem dan penyampaian latihan pelajar di institut ini berjalan dengan lancar mengikut keperluan dan standard yang telah ditetapkan. Ini memastikan institut memberikan perkhidmatan dan latihan yang berkualiti seterusnya melahirkan graduan yang berkemahiran tinggi, berketerampilan dan berdaya saing selaras dengan visi dan misi Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Sumber Manusia.

Bahagian Pengurusan Sumber terbahagi kepada 3 bahagian utama mengikut fungsi utama.

  1. Bahagian Pembangunan dan Penyelenggaraan Aset (BPPA)
  2. Bahagian Kawalan Kualiti Latihan (BKKL)
  3. Bahagian Pusat Sumber dan Komputer