PENGURUSAN HAL EHWAL PELAJAR

PENGENALAN

Bahagian Pengurusan Hal Ehwal Pelajar (PHEP) menjadi medan perhubungan di antara pihak industri, komuniti, pelajar dan graduan. PHEP menguruskan segala perkara yang berkaitan dengan pelajar yang meliputi urusan pengambilan pelajar, pengurusan aktiviti pelajar, kegiatan ko-kurikulum dan sukan, penguatkuasaan disiplin, pengurusan psikologi, bimbingan kerjaya, kebolehkerjaan gaduan serta padanan kerjaya kepada graduan dan komuniti melalui portal JobsMalaysia. PHEP juga berperanan mempromosikan latihan sepenuh masa dan separuh masa yang ditawarkan di ILP Ipoh di samping membuat jalinan kerjasama dengan pihak industri melalui MoU. PHEP menjalankan fungsi-fungsinya dengan matlamat dan hasrat untuk melahirkan tenaga mahir yang berdaya saing selaras dengan visi dan misi Jabatan Tenaga Manusia.

PHEP distrukturkan kepada empat bahagian seperti berikut :

  1. Bahagian Pengurusan Pelajar & Latihan (BPPL)
  2. Unit Promosi dan Komersial
  3. Unit Sokongan Pekerjaan Komuniti (CESS – Community and Employment Support Service)
  4. Unit Pengurusan Psikologi