
Pelajar akan mempelajari kemahiran dalam pengujian dan penyelenggaran sistem penyamanan udara domestik, menganalisa dan merekabentuk susunatur sistem penyamanan udara. Selain itu, pelajar berpeluang mempelajari kemahiran dengan mengenalpasti jenis kerosakan, punca dan proses baikpulih sistem penyamanan udara. Pelajar juga didedahkan dengan teknik menulis laporan pemeriksaan penyelenggaraan, pengurusan dalam kerja-kerja yang berkaitan penyamanan udara serta mematuhi dan mengamalkan peraturan dan kesihatan.

(ii) Lulus SPM atau setaraf dengan LULUS dalam subjek:
- 1. Bahasa Melayu;
- 2. Matematik/ Matematik Tambahan;
- 3. Sejarah (Lepasan SPM 2013 dan ke atas sahaja); dan
- 4. Satu (1) subjek lain selain (1) dan (2)
**Tidak buta / buta warna / rabun / pekak ( tanpa alat bantuan ) / bisu / cacat fizikal / anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.
Pelajar yang tamat kursus dengan jayanya akan dianugerahkan sijil-sijil berikut:
- Sijil Teknologi Perindustrian dari Jabatan Tenaga Manusia (JTM), Kementerian Sumber Manusia.
- Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dari Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia.

