TEKNOLOGI PENYEJUKBEKUAN DAN PENYAMANAN UDARA

Pengenalan Kursus

Kursus ini diadakan bagi melatih para pelajar untuk menguasai dan mahir dalam pemasangan, penyelenggaraan, baik pulih dan pentauliahan bagi sesebuah sistem penyejukbekuan dan penyamanan udara domestik dan komersil mengikut Standard Kemahiran Kebangsaan ( National Occupational Skill Standard ) NOSS yang telah ditetapkan.

Dalam kursus ini juga pelajar akan didedahkan dengan sistem penyejukbekuan domestik dan komersil, sistem penyamanan udara jenis pisah dan berpusat yang mengunakan sistem penyejukan angin dan air termasuk penyamanan udara kenderaan komersil. Di samping itu, aspek – aspek amalan keselamatan dan etika kerja semasa berkerja, penggunaan alat-alatan pengujian dan pengukuran yang berkaitan, kemahiran membaca dan melukis lukisan kejuruteraan, fabrikasi dan penyambungan paip dan logam, selenggara komponen elektrik dan elektronik sistem, menyelia tenaga kerja dan anggaran kos juga ditekankan kepada mereka semasa mengikuti kursus ini.

Syarat kelayakan bagi kursus ini adalah seperti berikut :-

(i) Berumur 17 hingga 35 tahun; (ii) Lulus SPM atau setaraf dengan LULUS dalam subjek:

  1. Bahasa Melayu;
  2. Matematik/ Matematik Tambahan;
  3. Sejarah (Lepasan SPM 2013 dan ke atas sahaja); dan
  4. Satu (1) subjek lain selain (1) dan (2)

**Tidak buta/buta warna/rabun/pekak (tanpa alat bantuan)/bisu/cacat fizikal/anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran

Pembelajaran

Bagi melahirkan pelajar yang berkemahiran tinggi konsep pembelajaran dan latihan di ILP Ipoh bagi peringkat sijil adalah berteraskan kepada kemahiran di mana 70% ialah latihan amali dan 30% adalah pembelajaran teori. Silibus yang digunapakai bagi kursus Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara adalah seperti berikut:

Semester Silibus ILJTM Rujukan NOSS

1. B02 – Tek. Penyejukan dan Penyamanan Udara C-040-1 : Mekanik Juruteknik Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara-Komersial

2. B02 – Tek. Penyejukan dan Penyamanan Udara C-040-2 : Mekanik Juruteknik Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara-Komersial

3. B02 – Tek. Penyejukan dan Penyamanan Udara C-040-3 : Juruteknik Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara-Komersial

Silibus

Semester 1

Semester 2

Semester 3

Semester 4

Semester 5

B02-01-01

Industrial Safety

B02-01-02

Technical Drawing Application

B02-01-03

Metal Work Practice

B02-01-04

Electrical And Electronic Fundamental

B02-01-05

Refrigeration And Air Conditioning Piping

B02-01-06

Refrigeration And Air Conditioning System

 

B02-02-01

Refgiration And Air Conditioning Water Piping

B02-02-02

Gas Welding Practice

B02-02-03

Arc Welding Practice

B02-02-04

Electric Motor

B02-02-05

Electric Motor Control

B02-02-06

Refrigeration&Air Conditionning Electronic Control

 

B02-03-01

Commercial Refrigeration Installation

B02-03-02

Commercial Air Conditional Installation

B02-03-03

Air Cooled Sytem Maintenance

B02-03-04

Water Colled System Maintenance

B02-03-05

Air Conditioning System Troubleshoot And Repair

B02-03-06

Refrigetion System Troubleshoot And Repair

B02-03-07

Auto Air Conditioning System

 

B02-04-01

Computer Aided Design (CAD)Application

B02-04-02

Air Distribution System

B02-04-03

Rac Mechanical Performance Testing

B02-04-04

Rac Electrical Performance Testing

B02-04-05

Work Planning

B02-04-06

Cost Estimation

 

Jangkamasa Latihan

Bagi Sijil Juruteknik oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) tempoh latihan sepenuh masa ialah 2 tahun 3 bulan. Pelajar diwajibkan menjalani latihan kemahiran selama dua tahun enam bulan (Semester 1 hingga Semester 4 di institut) dan pada Semester 5 pelajar perlu menjalani Latihan Sambil Kerja (On Job Training) selama tiga bulan.

Persijilan

  • Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3
  • Sijil Teknologi Jabatan Tenaga Manusia

Peluang Kerjaya:

Mekanik Penyejukbekuan & Penyamanan Udara (Komersil) atau pekerjaan lain yang berkaitan.

GALERI PPU