TEKNOLOGI PEMBUATAN (PERKAKASAN-MOULD)

Pengenalan Kursus

Teknologi Pembuatan (Perkakasan-Mould) merupakan satu program latihan kemahiran yang memberikan latihan asas dari segi teori dan amali kepada para pelajar dalam bidang pembuatan acuan suntikan plastik (Toolmaker - Plastic Injection Mould). Pelatih didedahkan dengan kemahiran dalam pemesinan am pada semester satu (General Machinist). Pada semester dua, pelajar akan terlibat dalam perekaan(design- menggunakan perisian AutoCADD dan SolidWork) dan pembuatan acuan plastik (2 Plate Mould dan 3 Plate Mould. Pada semester 3 dan 4 pelajar juga akan dilatih menggunakan mesin CNC seperti CNC Lathe, Milling, EDM Wire Cut dan EDM Sinker. Pelajar juga akan didedahkan dengan perekaan/design dan pembuatan Hot Runner Mould. Disamping latihan pengendalian mesin, pelajar dalam bidang ini juga akan diajar dan dilatih dalam pengujian dan pengukuran jitu. Antara alat-alat pengujian dan pengukuran jitu yang digunakan seperti Coordinate Measuring Machine(CMM), Surface Roughness Measuring Machine, Roundness Tester, Hardness Tester dan sebagainya lagi.

Modul latihan disusun dengan sebaiknya supaya pelajar dapat dilatih sehingga menjadi mahir agar dapat memenuhi keperluan industri di dalam bidang pembuatan acuan suntikan plastik khususnya. Para lepasan Sijil Teknologi Pembuatan Perkakasan Mould secara khususnya boleh membabitkan diri secara terus ke dalam bidang pembuatan acuan suntikan plastik sebagai "mould maker". Para graduan juga layak berperanan sebagai operator mesin konvesional atau operator mesin "Computer Numerical Control" (CNC), operator kawalan kualiti, pelukis lukisan kejuruteraan atau operator mesin suntikan plastik.

Syarat kelayakan bagi kursus ini adalah seperti berikut :-

(i) Berumur 17 hingga 35 tahun; (ii) Lulus SPM atau setaraf dengan LULUS dalam subjek:

  1. Bahasa Melayu;
  2. Matematik/ Matematik Tambahan;
  3. Sejarah (Lepasan SPM 2013 dan ke atas sahaja); dan
  4. Satu (1) subjek lain selain (1) dan (2)

**Tidak buta/buta warna/rabun/pekak (tanpa alat bantuan)/bisu/cacat fizikal/anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran

Pembelajaran

Bagi melahirkan pelajar yang berkemahiran tinggi konsep pembelajaran dan latihan di ILP Ipoh bagi peringkat sijil adalah berteraskan kepada kemahiran di mana 70% ialah latihan amali dan 30% adalah pembelajaran teori. Silibus yang digunapakai bagi kursus Teknologi Pembuatan (Perkakasan-Mould) adalah seperti berikut:

Semester Silibus ILJTM Rujukan NOSS

A05 – Teknologi Pembuatan (Perkakasan-Mould)

MC-030-3 Pembuat Perkakasan Kanan – Acuan Suntikan Plastik

Silibus

Semester 1

Semester 2

Semester 3

Semester 4

Semester 5

A05-01-01

Engineering Drawing

A05-01-02

Benchwork

A05-01-03

Machine And Equipmant Maintenance

A05-01-04

Turning Operation

A05-01-05

Milling Operation

A05-01-06

Grinding Operation

A05-02-01

Mould Design

1A05-02-02

Mould Fabrication 1

A05-02-03

Mould Inspestion 1

A05-02-04

Mould Assembly 1

A05-02-05

Mould Try Out 1

A05-03-01

Production Supervisory

A05-03-02

Mould Design

A05-03-03

Metrology

A05-03-04

CNC Turning

A05-03-05

CNC Milling

A05-03-06

CNC Edm

A05-04-01

CNC Grinding

A05-04-02

Mould Fabrication2

A05-04-03

Mould Assembly2

A05-04-04

Mould Try Out 2

A05-04-05

Mould Maintenance

 

Latihan Industri

Jangkamasa Latihan

Bagi Sijil Juruteknik oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) tempoh latihan sepenuh masa ialah 2 tahun 3 bulan. Pelajar diwajibkan menjalani latihan kemahiran selama dua tahun enam bulan (Semester 1 hingga Semester 4 di institut) dan pada Semester 5 pelajar perlu menjalani Latihan Sambil Kerja (On Job Training) selama tiga bulan.

Persijilan

  • Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1, 2 dan Tahap 3
  • Sijil Teknologi Jabatan Tenaga Manusia

Peluang Kejaya

Pembuat Perkakasan Alat / Pembuat Jig dan Lekapan atau pekerjaan lain yang berkaitan dalam bidang pembuatan.