
Pelajar akan mempelajari mengenai proses pembuatan untuk pengeluaran hasil produk seramik yang bermula dari bahan mentah yang digunakan, proses penuangan slip (Slip casting process), proses pembentukan produk (forming process), proses dekorasi (decoration process) pada produk, proses menggerlis (glazing process) dan proses pembakaran (firing process) produk sehingga suhu 1200°C. Selain daripada itu pelajar juga mempelajari bagaimana untuk membuat rekabentuk model (model design) menggunakan perisisan Inventor (CAD-CAM) dan seterusnya diaplikasikan kepada pembuatan acuan plaster (plaster mould making) untuk dijadikan sebagai hasil produk seramik.

(ii) Lulus SPM atau setaraf dengan LULUS dalam subjek:
- Bahasa Melayu;
- Sejarah (Lepasan SPM 2013 dan ke atas sahaja); ATAU
- LULUS Sijil Vokasional Malaysia (SVM)
**Tidak buta / buta warna / rabun / pekak ( tanpa alat bantuan ) / bisu / cacat fizikal / anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.
Pelajar yang tamat kursus dengan jayanya akan dianugerahkan sijil-sijil berikut:
- Sijil Teknologi Perindustrian dari Jabatan Tenaga Manusia (JTM), Kementerian Sumber Manusia.
- Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dari Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia.


Pelajar yang tamat peringkat sijil berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma, mendapatkan pensijilan profesional atau terus bekerja.