TEKNOLOGI PEMBUATAN (PERKAKASAN-DIE)

pengenalan
Program Integrasi Diploma Teknologi Pembuatan (Perkakasan Die) merupakan satu program latihan kemahiran peringkat Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) yang dilaksanakan dengan kerjasama di antara Institut Latihan Perindustrian (ILP) Ipoh Perak dan Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Melaka.
Kursus ini dilaksanakan dalam tempoh 2 tahun di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Ipoh Perak bagi melayakkan pelajar dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 setelah terampil semua modul yang telah ditetapkan di dalam NOSS yang dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran. Kemudian pelajar akan terus menyambung pengajian di Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Melaka di dalam bidang yang sama selama 1 tahun dan 6 bulan di industri (OJT) untuk melayakkan pelajar dianugerahkan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM).  Di dalam kursus ini, pelajar akan dilatih secara teori dan amali untuk setiap modul teras seperti penggunaan pelbagai jenis alat ukur serta alatan dan mesin pengujian seperti hardness tester dan sebagainya, pelbagai jenis mesin konvensional seperti mesin Larik (lathe), mesin Kisar (milling), mesin Pencanai (grinding) dan sebagainya. Pelajar juga akan diajar mengendalikan mesin kawalan berangka berbantukan komputer (Computer Numerical Control-CNC) seperti CNC Lathe, Milling, Grinding, EDM Sinker dan Wirecut. Pada peringkat Diploma Kemahiran Malaysia (DKM), pelajar-pelajar akan lebih didedahkan dalam aspek penyeliaan, pengurusan, penganalisaan dan sebagainya.
Bagi melengkapkan kursus, pelajar akan diajar teknik mereka bentuk acuan alat tekan dengan menggunakan perisian seperti AutoCADD dan Solidwork. Seterusnya pelajar akan membuat acuan alat tekan yang telah direkabentuk sehingga dapat menghasilkan produk yang boleh diterima menggunakan kemahiran pengendalian pelbagai jenis mesin yang telah diajar.
Selain daripada subjek teras, bagi melengkapkan pengetahuan pelajar, mereka juga akan diajar beberapa subjek umum seperti Metamatik, Sains Kejuruteraan, Bahasa inggeris dan Pengetahuan Agama Islam dan tidak ketinggalan juga kegiatan ko-kurikulum.
syarat kemasukkan
(i) Berumur 17 hingga 35 tahun;

(ii) Lulus SPM atau setaraf dengan LULUS dalam subjek:

      1. Bahasa Melayu;
      2. Matematik/ Matematik Tambahan;
      3. Sejarah (Lepasan SPM 2013 dan ke atas sahaja); dan
      4. Satu (1) subjek lain selain (1) dan (2)

**Tidak buta/buta warna/rabun/pekak (tanpa alat bantuan)/bisu/cacat fizikal/anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.

persijilan

Pelajar yang tamat kursus dengan jayanya akan dianugerahkan sijil-sijil berikut:

  • Sijil Teknologi Perindustrian (STP) dari Jabatan Tenaga Manusia (JTM), Kementerian Sumber Manusia (KSM).
  • Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dari Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia (KSM).

tempoh kursus

3 Tahun 6 Bulan
TPP1

struktur kursus

Rujukan NOSS: MC-050-2:2012 (MACHINING OPERATION)
MC-031-3:2015 (METAL STAMPING DIE MAKING)
TPP2

laluan kerjayaPelajar yang tamat peringkat sijil berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma, mendapatkan persijilan profesional atau terus bekerja.

TPP3

 

Muat Turun Dokumen