
Penyenggaraan Mekanikal merupakan salah satu jurusan dalam bidang Mekanikal. Pelajar-pelajar akan dilatih bagi memperolehi kemahiran teori dan amali didalam bidang kerja-kerja asas logam, teknik-teknik kimpalan arka dan gas, fabrikasi logam, menyelenggara dan membaiki pelbagai jenis mesin, sistem pam, sistem penghantaran (Conveyor system), penggunaan mesin pneumatic dan hidraulik serta “Programming Logic Control” (PLC). Pelajar juga akan mempelajari kaedah membuat pelbagai alat dan alat ganti dengan menggunakan mesin kisar, mesin larik, mesin canai dan mesin gerudi. Selain daripada itu, mereka juga akan mempelajari kaedah melukis dan interpretasi lukisan kejuruteraan.

(ii) Lulus SPM atau setaraf dengan LULUS dalam subjek:
- 1. Bahasa Melayu;
- 2. Matematik/ Matematik Tambahan;
- 3. Sejarah (Lepasan SPM 2013 dan ke atas sahaja); dan
- 4. Satu (1) subjek lain selain (1) dan (2)
**Tidak buta/buta warna/rabun/pekak (tanpa alat bantuan)/bisu/cacat fizikal/anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.
Pelajar yang tamat kursus dengan jayanya akan dianugerahkan sijil-sijil berikut:
- Sijil Teknologi Perindustrian dari Jabatan Tenaga Manusia (JTM), Kementerian Sumber Manusia.
- Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dari Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia.

Rujukan NOSS: ME-010-3:2012 (INDUSTRIAL MAINTENANCE OPERATION)

Pelajar yang tamat peringkat sijil berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma, mendapatkan pensijilan profesional atau terus bekerja.