Kursus Separuh Masa Kekompetenan Pendawai Elektrik Fasa Tunggal (PW2) dan Kekomptenan Pendawai Elektrik Fasa Tiga (PW4)

Bahagian Teknologi Elektrik, Institut Latihan Perindustrian Ipoh (ILP Ipoh) menganjurkan kursus separuh masa Kekompetenan Pendawai Elektrik Fasa Tunggal (PW2) dan Kekomptenan Pendawai Elektrik Fasa Tiga (PW4) sepanjang tahun. Pengambilan dibuat sebanyak 2 kali setahun. Kursus separuh masa ini dijalankan setiap hari Sabtu dan Ahad sahaja. Persatuan Kekompetenan Penjaga Jentera & Pendawai Elektrik Perak merupakan pelanggan aktif ILP Ipoh bagi kedua-dua kursus ini. Maklumat lanjut berkenaan kursus ini boleh diperolehi melalui laman web ILP Ipoh atau berhubung terus dengan Ketua Bahagian Teknologi Elektrik iaitu Pn. Devega A/P Ramanathan Chettiar serta pegawai di Bahagian Kawalan Kualiti Latihan ILP Ipoh.

Keratan Akhbar Sin Chew Daily