
Pelajar akan mempelajari cara – cara mendawai, memasang, mengendali, dan menguji pendawaian satu dan tiga fasa (domestik dan industri), mencari, mengesan, dan merawat kerosakan alat – alat elektrik serta mengawal, membaik pulih alat jana kuasa, motor dan peralatan elektrik industri mengikut piawaian Suruhanjaya Tenaga.

Berumur 18 tahun dan ke atas.
- Memiliki Perakuan Kekompetenan Pendawaian Fasa Tunggal (PW1/PW2) daripada Suruhanjaya Tenaga;
- Mempunyai satu (1) tahun pengalaman bekerja dengan kontraktor elektrik dalam bidang pendawaian elektrik; dan
- Lulus dalam sesi temuduga yang dijalankan
**Tidak buta/buta warna/rabun/pekak (tanpa alat bantuan)/bisu/cacat fizikal/anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.
Pelajar yang tamat kursus dengan jayanya akan dianugerahkan sijil berikut:
- Sijil Pendawai Elektrik Tiga Fasa (PW4) oleh Suruhanjaya Tenaga (ST)

Pelajar yang tamat peringkat sijil berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma, mendapatkan pensijilan profesional atau terus bekerja.