Latihan amali Bahagian Fabrikasi

Memotong plet menggunakan mesin pemotongan hidrolik(hydraulic shearing machine).

  • Pelajar akan membuat pelarasan terlebih dahulu mengikut saiz yang hendak dipotong. Peralatan apit akan memegang plet memastikan tiada pergerakan lagi dan ketepatan saiz bolah dicapai. Seterusnya pemotongan dilakukan.
  • Pelajar sentiasa menggunakan langkah selamat sebelum mengoperasi mesin dengan mamakai pakaian keselamatan dan langkah operasi mengikut manual mesin.

PIC 1_400x300

 

Menggulung plet menggunakan mesin menggulung (plate rolling machine).

  •  Mesin ini mempunyai roller yang akan berputar dengan menggerakkan bersama plet. Plet akan digulung menggunakan mesin ini dengan berperingkat. Daripada plet berkeadaan rata, melenggkung dan akhir sekali menjadi sebuah gelung. Setiap peringkat roller akan dilaras mengikut panduan pengoperasian mesin.
  • Pelajar sentiasa menggunakan langkah selamat sebelum mengoperasi mesin dengan mamakai pakaian keselamatan dan langkah operasi mengikut manual mesin.

PIC 2_400x300

Mengimpal menggunakan proses Kimpalan Arka Gas Lengai (GMAW)

  • Proses mencantumkan bahagian dilakukan dengan mengimpal. Latihan berterusan boleh menghasilkan kimpalan yang kuat dan kemas mengikut piawaian kimpalan. Stabiliti dan kedudukan pengimpal menggerakkan letrod adalah sangat penting.
  • Pelajar sentiasa menggunakan langkah selamat sebelum mengoperasi mesin dengan mamakai pakaian keselamatan dan langkah operasi mengikut manual mesin.

PIC 3_400x300