Kursus Juruteknik Bertauliah bagi Sektor Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara (RACs)

Pada 12 hingga 14 Mei 2017 yang lalu, Bahagian Teknologi Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara(TPPU) telah menjalankan Kursus Juruteknik Bertauliah bagi Sektor Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara (RACs) kepada 18 orang pelajar TPPU Semester 3. Kursus kali ini buat pertama kalinya dijalankan sepenuhnya oleh Bahagian TPPU ILP sebagai Pusat Bertauliah yang dilantik oleh Jabatan Alam Sekitar. Pegawai Jabatan Alam Sekitar yang hadir semasa kursus ini ialah En Mohamed Fauzi Bin Abdul Aziz bagi peperiksaan teori dan amali yang dijalankan. Pengajar bertauliah yang terlibat bagi kursus kali ini adalah En Abdul Razak bin Mat Deris dan En Mohd Jamauddin bin Mustaffa. Kursus dijalankan di bengkel Teknologi Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara ILp Ipoh.

Aktiviti 2-a_800x600Gambar Aktiviti 2-a: Peserta kursus sedang menjalani amali

Aktiviti 2-b_800x600Gambar Aktiviti 2-b: En Abdul Razak sedang membuat penilaian pelajar bagi peperiksaan  amali  kursus RSS

Aktiviti 2-c_800x600Gambar Aktiviti 2-c: Peperiksaan amali  di pantau oleh Pegawai JAS , En Mohamed Fauzi

GALERI PPU