Program Transformasi Dinamik

TARIKH : 29 HINGGA 30 OKTOBER 2016
LOKASI : KEM PLKN KUALA KANGSAR
PENGLIBATAN : 20 ORANG PELAJAR

Maklumat Program

OBJEKTIF
Program ini adalah berbentuk program pembangunan, motivasi dan pemulihan kepada pelajar yang mempunyai daya motivasi yang rendah selain mempunyai kepincangan dalam pembelajaran mahupun dalam disiplin. Program ini dibangunkan bagi membantu pelajar ini mengenal diri, mengenalpati potensi diri serta melakukan pembaharuan terhadap pemikiran tidak rasional pelajar. Transformasi yang dijalankan memberikan impak yang sangat signifikan kepada pelajar untuk mengubah diri ke arah positif dan menyahut cabaran yang mendatang. Sebagai Legasi Positif pertama ini, program ini dilaksanakan secara berterusan yang mana peserta/pelajar akan dipantau dari masa ke semasa oleh Unit Psikologi dan Kaunseling ILP Ipoh.

TEMA
Positve Legacy 1.0
Membina legasi yang positif ke arah transfromasi dinamik

METODOLOGI
Program ini dijalankan dengan beberapa kaedah pembelajaran
1) Mengenal diri
2) Mengenal Potensi Diri
3) Kepimpinan diri
4) Perubahan
5) Penghargaan Diri
6) Motivasi
7) Rasionalisasi
8) Teras Kerohanian

Program ini dijalankan dengan kekuatan fasilitator melalui peranana Pegawai Psikologi dan Pegawai Disiplin yang ditugaskan bagi merancang program ini akan berjalan dengan baik dan sempurna. Selain itu, pihak PLKN juga melakukan aktiviti fizikal yang membolehkan peserta mendekati potensi diri dan adabtasi kepada perubahan persekitaran.

DSC04165_500x280

DSC04328_500x280

DSC04488_500x280

DSC04497_500x280