Majlis Pelancaran EKSA 26 Okt 2016

Pada 26 Oktober 2016, ILP IPOH telah menganjurkan Majlis Pelancaran EKSA & Sambutan Hari Kualiti 2016. Majlis telah disempurnakan oleh Tuan Pengarah ILP IPOH En. Jamil Bin Yahya. Pertandingan mencipta logo dan moto EKSA telah diadakan pada 29 Ogos 2016. Pemenang pertandingan mencipta Logo : Cik Azura Binti Mohd Sarjidan (pengajar Tek. Elektrik). Pemenang pertandingan mencipta moto : Sdr. Ahmad Nabil Bin Ahmad Nadzrul (pelajar TKS).

15 zon dibekalkan dengan bunting EKSA untuk dipamerkan di zon masing-masing sebagai promosi dan komitmen terhadap pelaksanaan EKSA. Sempena sambutan Hari Kualiti, pelbagai hadiah diberikan kepada staf ILP Ipoh sebagai tanda penghargaan kepada staf yang memberi komitmen cemerlang sepanjang bertugas di ILP Ipoh.

eksa4_500x332
eksa6_265x400

eksa10 - ketua zon terima bunting_500x332