PENGENALAN

PENGENALAN KEPADA MANUAL KUALITI

Dokumen ini adalah merupakan Manual Kualiti Jabatan Tenaga Manusia (JTM), Kementerian Sumber Manusia. Manual Kualiti ini disediakan untuk memenuhi matlamat dan objektif penubuhan JTM, selaras dengan kehendak dan keperluan Standard MS ISO 9001:2008. Ianya mengandungi Dasar Kualiti, Objektif Kualiti, penerangan ringkas mengenai Sistem Pengurusan Kualiti dan dasar serta prinsip-prinsip asas yang memandu kepada pelaksanaan Pengurusan Pemberian Perkhidmatan Latihan Kemahiran Teknikal. Manual ini dilengkapkan dengan Prosedur Kualiti, Arahan Kerja dan Dokumen Sokongan yang berkaitan dengannya.

TUJUAN

Tujuan Manual Kualiti ini disediakan adalah untuk:

a) Menerangkan maklumat asas organisasi Jabatan Tenaga Manusia dan Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM);

b) Menerangkan sistem pengurusan kualiti dan Pengurusan Pemberian Perkhidmatan Latihan Kemahiran Teknikal selaras dengan kehendak dan keperluan Standard MS ISO 9001:2008; dan

c) Menggariskan dasar dan prinsip asas bagi setiap aktiviti dalam penyampaian perkhidmatan latihan kemahiran.