TEKNOLOGI CADD MEKANIKAL

Pengenalan Kursus

            Kursus Teknologi CADD (Computer Aided Drafting & Design) Mekanikal (Pembuatan) adalah kursus dimana pelajar diberi kemahiran berkaitan di dalam penghasilan lukisan kejuruteraan dan juga proses rekabentuk mekanikal. Pelajar dilatih untuk menghasilkan lukisan kejuruteraan yang sistematik untuk tujuan komunikasi visual, biasanya dalam industri pembuatan. Lukisan sistematik bukan sekadar objek ilustrasi tetapi juga maklumat terperinci mengenai dimensi dan spesifikasi. Lukisan kejuruteraan yang dihasilkan memang berbeza berbanding dengan seni abstrak atau lukisan-lukisan bebas. Ketepatan maklumat, ilustrasi, kaedah pembangunan dan penggunaan bahasa standard simbol dan lukisan akan difahami oleh pelanggan pada tahap yang berbeza.

            Pelajar diberikan latihan asas dalam penghasilan lukisan kejuruteraan, dengan menggunakan peralatan lukisan konvensional (manual). Latihan asas menggunakan kaedah konvensional masih digunakan kerana konsep, hasil dan kepentingan lukisan tetap tidak berubah. Teknologi komputer telah menjadi alat yang penting untuk memudahkan dan mempercepatkan kerja-kerja pengeditan, bagi tujuan penyalinan, pengeluaran dan penyimpanan. Sistem perisian Computer Aided Design dan Drafting (CADD) dibangunkan untuk membantu tugas mengedit. Sistem CADD membolehkan pelukis pelan mekanikal untuk mencipta, mengembangkan, menyimpan, menghantar, mengekstrak, mendapatkan semula, melihat, dan mencetak lukisan. Persekitaran kerja telah berubah dan pelukis pelan mekanikal juga dikenali sebagai Operator CADD. Latihan menyeluruh diberikan di dalam penghasilan lukisan menggunakan perisian terkini 2D CAD dan 3D CAD.

TEKNOLOGI CADD MEKANIKAL (2)-EDITED-1

Model 3D

TEKNOLOGI CADD MEKANIKAL (2)-EDITED-3Para pelajar juga diberikan pendedahan mengenai asas-asas pemesinan konvensional dan CNC, teknologi pemesinan semasa dan termaju (rapid prototyping), yang mana dapat membantu pelajar menghasilkan rekabentuk yang efektif dan efisien berdasarkan keperluan industri. Subjek rekabentuk industri dan pengurusan projek memberikan pelajar kelebihan yang mana dapat membantu jurutera, pengurus projek, juruteknik senior, di dalam melaksanakan dan mengurus projek di industri. Pelajar juga didedahkan bagaimana menguruskan sesi latihan di industri.

            Pelajar di Tek. CADD Mekanikal juga menyertai program-program seperti Pertandingan Robot dan Pertandingan Inovasi, bagi tujuan memberikan pendedahan dan pengalaman sebenar proses rekabentuk dan pembuatan.

Syarat kelayakan bagi kursus ini adalah seperti berikut :-

            Syarat kelayakan bagi kursus ini ialah calon mestilah warganegara Malaysia berumur di antara 17 hingga 35 tahun dan memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Pelajaran Malaysia – Vokasional (SPMV) dengan lulus Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia, Matematik / Matematik Tambahan dan Sains / Sains Tambahan / Sains Gunaan / subjek teknikal (bidang berkaitan).

Pembelajaran

            Bagi melahirkan pelajar yang berkemahiran tinggi konsep pembelajaran dan latihan di ILP Ipoh bagi peringkat sijil adalah berteraskan kepada kemahiran di mana 70% ialah latihan amali dan 30% adalah pembelajaran teori. Silibus yang digunapakai bagi kursus Teknologi CADD Mekanikal adalah seperti berikut:

Semester Silibus ILJTM Rujukan NOSS

NOSS yang digunapakai bermula Sesi Julai 2015

  1. A15 – Teknologi CADD Mekanikal MC-080-3: 2013 : Mechanical Draughtmanship

TEKNOLOGI CADD MEKANIKAL (2)-EDITED-10Jangkamasa Latihan

            Bagi Sijil Kemahiran Malaysia oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) tempoh latihan sepenuh masa ialah satu tahun. sembilan bulan. Pelajar diwajibkan menjalani latihan kemahiran selama satu tahun enam bulan (Semester 1 hingga Semester 3 di institut) dan pada Semester 4 pelajar perlu menjalani Latihan Sambil Kerja (On Job Training) selama tiga bulan.

Persijilan

  • Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3
  • Sijil Teknologi Jabatan Tenaga Manusia

Peluang Kerjaya

            Pelajar lepasan sijil teknologi bagi kursus ini mempunyai peluang kerjaya seperti Pelukis Pelan Mekanikal, Pembantu Jurutera, Pereka CAD Mekanikal, Operator CAD dan bidang-bidang mekanikal yang berkaitan.