TEKNOLOGI KIMPALAN

pengenalan
Pelajar akan mempelajari  proses-proses mengimpal ke atas logam menggunakan kaedah pemotongan "gas oksi-asitilin", "disc cutter", "plasma cutting", "power saw" dan seterusnya membuat kimpalan ke atas logam seperti kimpalan jenis arka dan gas, membaca simbol dan lukisan blueprint dan juga menguji sambungan kimpalan. Pelbagai kaedah sambungan terhadap plat dan paip pada kedudukan tertentu seperti 1F, 2F, 3F, 4F, 1G, 2G, 3G, 4G, 5G, 6GR akan turut dipelajari.
syarat kemasukkan
(i) Berumur 17 hingga 35 tahun;

(ii) Lulus SPM atau setaraf dengan LULUS dalam subjek:

      1. Bahasa Melayu;
      2. Matematik/ Matematik Tambahan;
      3. Sejarah (Lepasan SPM 2013 dan ke atas sahaja); dan
      4. Satu (1) subjek lain selain (1) dan (2)

**Tidak buta / buta warna / rabun / pekak ( tanpa alat bantuan ) / bisu / cacat fizikal / anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.

persijilan

 

Pelajar yang tamat kursus dengan jayanya akan dianugerahkan sijil-sijil berikut:

  • Sijil Teknologi Perindustrian dari Jabatan Tenaga Manusia (JTM), Kementerian Sumber Manusia.
  • Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dari Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia.
  • Sijil WQT (Welder Qualification Test) dari Jabatan Tenaga Manusia (JTM), Kementerian Sumber Manusia.

tempoh kursus

2 tahun 3 Bulan
kimp1

struktur kursus

Rujukan NOSS: MC-024-3:2012 (SHIELD METAL ARC WELDING SMAW PROCESS)
Kimp2

laluan kerjaya

Pelajar yang tamat peringkat sijil berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma, mendapatkan pensijilan profesional atau terus bekerja.

Kimp3

Muat Turun Dokumen