TEKNOLOGI ELEKTRIK (B19)

pengenalan
Pelajar akan mempelajari cara – cara mendawai, memasang, mengendali, dan menguji pendawaian satu dan tiga fasa (domestik dan industri), mencari, mengesan, dan merawat kerosakan alat – alat elektrik serta mengawal, membaik pulih alat jana kuasa, motor dan peralatan elektrik industri mengikut piawaian Suruhanjaya Tenaga.
syarat kemasukkan

Berumur 18 tahun dan ke atas.

Lulus SPM atau setaraf dengan LULUS dalam subjek:

  1. Bahasa Melayu;
  2. Matematik/ Matematik Tambahan;
  3. Sains / Sains Tambahan / Sains Gunaan / Fizik/ Kimia atau subjek teknikal berikut:
    • Pengajian KejuruteraanElektrik & Elektronik
    • Pendawaian Domestik
    • Menservis Peralatan Elektrik Domestik
    • Prinsip Elektrik & Elektronik
    • Aplikasi Elektrik & Elektronik
    • Teknologi Elektrik
    • Pemasangan Kawalan Elektrik
    • Lukisan Geometri & Elektrik; dan
  4. Sejarah (SPM Tahun 2013 ke atas sahaja); dan
  5. Satu (1) subjek lain selain (1) dan (2).

**Tidak buta/buta warna/rabun/pekak (tanpa alat bantuan)/bisu/cacat fizikal/anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran

persijilan

Pelajar yang tamat kursus dengan jayanya akan dianugerahkan sijil-sijil berikut:

  • Sijil Teknologi Perindustrian dari Jabatan Tenaga Manusia (JTM), Kementerian Sumber Manusia.
  • Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dari Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia.
  • Sijil Pendawai Elektrik Tiga Fasa PW4 oleh Suruhanjaya Tenaga (ST)

tempoh kursus

2 tahun
te1

struktur kursus

Rujukan NOSS:

EE-320-2 : 2012 (Pemasangan dan Penyelenggaraan Elektrik Satu Fasa)

EE-320-3 : 2012 (Pemasangan dan Penyelenggaraan Elektrik Tiga Fasa)

te2

laluan kerjaya

Pelajar yang tamat peringkat sijil berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma, mendapatkan pensijilan profesional atau terus bekerja.

te3

Muat Turun Dokumen