TEKNOLOGI FABRIKASI LOGAM

Pengenalan Kursus

Dalam kursus ini pelatih akan dilatih mereka bentuk atau memasang struktur logam dengan menggunakan beberapa proses seperti menggulung, melipat, membengkok, mengimpal, memotong dan beberapa proses lain serta diajar kaedah membaikpulih kerangka logam.

Syarat kelayakan bagi kursus ini adalah seperti berikut :-

(i) Berumur 17 hingga 35 tahun; (ii) Lulus SPM atau setaraf dengan LULUS dalam subjek:

  1. Bahasa Melayu;
  2. Matematik/ Matematik Tambahan;
  3. Sejarah (Lepasan SPM 2013 dan ke atas sahaja); dan
  4. Satu (1) subjek lain selain (1) dan (2)

**Tidak buta/buta warna/rabun/pekak (tanpa alat bantuan)/bisu/cacat fizikal/anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.

Pembelajaran

Bagi melahirkan pelajar yang berkemahiran tinggi konsep pembelajaran dan latihan di ILP Ipoh bagi peringkat sijil adalah berteraskan kepada kemahiran di mana 70% ialah latihan amali dan 30% adalah pembelajaran teori. Silibus yang digunapakai bagi kursus Teknologi Fabrikasi Logam adalah seperti berikut:

Semester Silibus ILJTM Rujukan NOSS

A09 – Tek. Fabrikasi Logam H-200-3 : Juruteknik Fabrikasi dan Memasang Struktur Keluli

 

Silibus

Semester 1

Semester 2

Semester 3

Semester 4

Semester 5

A09-01-01

Fabrication Drawing 1

A09-01-02

Measurement and Fitting Works

A09-01-03

Oxy-Acetylene Work

A09-01-04

Smaw Precess

A09-01-05

Fabrication Work(Parallel Line And Radial Line Method)

A09-01-06

Bending Works

A09-01-07

Structure And Frame Fabrication

A09-02-01

Gmaw Process

A09-02-02

Gtaw Process

A09-02-03

Fabricatin Drawing 2

A09-02-04

Joining And Bending Work

A09-02-05

Fabrication Work(Triangulation Method)

A09-02-06

Structure Fabrication

A09-03-01

Smaw Process

A09-03-02

Gmaw And Fcaw Process

A09-03-03

Gtaw Process

A09-03-04

Cnc Punching

A09-03-05

Quality Control

Latihan Industri

Jangkamasa Latihan

Bagi Sijil Juruteknik oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) tempoh latihan sepenuh masa ialah 2 tahun 3 bulan. Pelajar diwajibkan menjalani latihan kemahiran selama dua tahun enam bulan (Semester 1 hingga Semester 4 di institut) dan pada Semester 5 pelajar perlu menjalani Latihan Sambil Kerja (On Job Training) selama tiga bulan.

Persijilan

  • Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1, 2 dan Tahap 3
  • Sijil Teknologi Jabatan Tenaga Manusia

Peluang Kejaya

 

Jurukimpal Gas / Jurukimpal Arka Logam Berperisai atau pekerjaan lain yang berkaitan dalam bidang kimpalan arka dan gas.

DSC_0498