Tel : 05-527 7777, 05-526 5476, 05-526 5477, 05-527 5597 Fax : 05-527 0702 ilpipoh@jtm.gov.my

SIJIL TEKNOLOGI PEMBUATAN (PERKAKASAN-DIE)

001
007
002
005
003
previous arrow
next arrow
PENGENALAN

Program Sijil Teknologi Perindustrian, JTM dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), JPK bagi Kursus Teknologi Pembuatan Perkakasan Die mendedahkan pelajar kepada pengetahuan dan kemahiran berkaitan bidang pembuatan acuan alat tekan (Press Die). Bidang kemahiran ini digunakan bagi menghasilkan produk berasaskan kepingan logam. Para pelajar yang mengikuti kursus ini akan mempelajari kemahiran seperti penggunaan alat pengukuran kejituan tinggi, merekabentuk acuan menggunakan perisian CADCAM, Autocad, Solidwork dan pemotongan bahan menggunakan mesin konvensional seperti mesin larik, mesin kisar dan mesin canai. Selain itu, pelajar juga turut mempelajari kemahiran mengendalikan mesin berteknologi tinggi (Computer Numerical Control Machines) seperti CNC Milling, CNC Lathe, CNC Grinding, CNC EDM Sinker dan CNC EDM Wire-cut yang banyak digunakan dalam industri pembuatan. Kemahiran penggunaan mesin konvesional dan CNC sangat penting dalam menghasilkan acuan die yang berkualiti. Para pelajar lepasan kursus ini boleh menceburi banyak bidang pekerjaan di industri termasuk syarikat-syarikat pembuatan industri berat seperti penerbangan, perkapalan dan automotif.

SYARAT KEMASUKAN

(i) Berumur 17 hingga 35 tahun;

(ii) Tamat Tingkatan 5;

**Tidak buta / buta warna / rabun / pekak ( tanpa alat bantuan ) / bisu / cacat fizikal / anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.

PENSIJILAN

Pelajar yang berjaya tamat kursus akan dianugerahkan sijil-sijil berikut:

* Sijil Teknologi Perindustrian dari Jabatan Tenaga Manusia (JTM), Kementerian Sumber Manusia.
* Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dari Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia.

TEMPOH

 TAHUN 3 BULAN

KURSUS SEMESTER TEMPOH

A04-SIJIL TEKNOLOGI PERINDUSTRIAN (TEKNOLOGI PEMBUATAN (PERKAKASAN-DIE))

SEMESTER 1
6 Bulan
SEMESTER 2
6 Bulan
SEMESTER 3
6 Bulan
SEMESTER 4
6 Bulan
SEMESTER 5
(Latihan Industri)
3 Bulan
STRUKTUR KURSUS

Rujukan Noss / NOSS references:

MC-050-2:2012 (MACHINING OPERATION)

MC-031-3:2015 (METAL STAMPING DIE MAKING)

SEMESTER

MODUL / MODULE

Semester 1

A04-11-21: ENGINEERING DRAWING
A04-41-22 : BENCH WORK
A04-11-23 : MACHINE & EQUIPMENT MAINTENANCE
A04-31-24 : TURNING
A04-31-25 : MILLING
A04-31-26 : GRINDING OPERATION
Semester 2 A04-32-21: SINGLE AND COMPOUND DIE DESIGN
A04-32-22 : CNC TURNING
A04-32-23 : CNC MILLING
A04-32-24 : CNC GRINDING
A04-32-25 : CNC EDM DIE SINKER
A04-12-26 : METROLOGY

Semester 3

A04-23-21: CNC EDM WIRE CUT
A04-43-22 : SINGLE AND COMPOUND DIE MANUFACTURING
A04-33-23 : SINGLE AND COMPOUND DIE ASSEMBLY
A04-33-24 : SINGLE AND COMPOUND DIE TRY OUT
A04-33-25 : SINGLE AND COMPOUND DIE MAINTENANCE

Semester 4

A04-44-21: PROGRESSIVE DIE DESIGN
A04-44-22 : PROGRESSIVE DIE MANUFACTURING
A04-34-23 : PROGRESSIVE DIE ASSEMBLY
A04-34-24 : PROGRESSIVE DIE TRY OUT
A04-34-25 : PROGRESSIVE DIE MAINTENANCE
A04-24-26 : PRODUCTION SUPERVISORY
HAK 4131: WORKERS RIGHTS
ENT 4131: e-ENTREPRENEURSHIP

Semester 5

Latihan Industri
Industrial Training

LALUAN KERJAYA

Pelajar yang tamat peringkat sijil berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma, mendapatkan pensijilan kompetensi dalam bidang atau terus bekerja.

Sambung belajar

ADTEC MELAKA
INSTITUT JERMAN MALAYSIA (GMI)
INSTITUT MALAYSIA PERANCIS (MFI)
INSTITUT KEMAHIRAN TINGGI BELIA NEGARA (IKTBN)

Peluang kerjaya

PEMBUAT ALAT DAN ACUAN
PAKAR PENYELENGGARAAN ALATAN DAN ACUAN
JURUMESIN
PENGAJAR DALAM BIDANG LATIHAN VOKASIONAL

Success Story

Skip to content