KOLEJ VOKASIONAL

PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (KV)

Disamping menjalankan kursus sepenuh masa tahap 1 hingga 3 bagi pelajar lepasan SPM, ILP IPOH dipertanggungjawab oleh Kementerian Sumber Manusia bersama-sama dengan Bahagian Teknik Dan Vokasional (BPTV) Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melatih pelajar Kolej Vokasional iaitu pelajar-pelajar lepasan PMR untuk dianugerahkan Diploma Vokasional Malaysia (DVM).

Tempoh latihan
Jangkamasa latihan keseluruhan adalah selama 4 tahun dimana 2 tahun pertama adalah program persediaan pra diploma dan 2 tahun berikutnya adalah program diploma. Komponen latihan adalah 30% akademik dan 70% vokasional. Silibus yang digunapakai adalah berdasarkan NOSS yang dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).

Persijilan Diploma Vokasional Malaysia

  • SKM Tahap 4
  • Pengikrirafan City & Guilds
  • Pengiktirafan tempatan

Pentaksiran bagi Diploma Vokasional Malaysia (DVM)

PENTAKSIRAN

VOKASIONAL

AKADEMIK

PENILAIAN BERTERUSAN (PB)

70%

30%

PENILAIAN AKHIR (PA)

30%

70%

ILP IPOH menawarkan 5 Kursus untuk Pelajar Kolej Vokasional iaitu :-
1. Teknologi Foundri
2. Teknologi Seramik
3. Teknologi CADD Mekanikal
4. Teknologi Pembuatan (Perkakasan-Die)
5. Teknologi Pembuatan (Perkakasan-Mould)