HUBUNGAN INDUSTRI

HUBUNGAN DENGAN PIHAK INDUSTRI
1. PERKHIDMATAN TEACHING FACTORY (TF)
2. MEMORANDUM PERSEFAHAMAN/SMART PARTNERSHIP

TEACHING FACTORY.
Satu perkhidmatan kepakaran kepada individu atau organisasi luar selain dari perkhidmatan latihan sepenuh atau separuh masa. Dahulu dikenali dengan ‘Training Cum Production’ atau ‘Jobbing Job’
Perkhidmatan Teaching Factory yang boleh dilaksanakan dengan ILP Ipoh:
a. Sewaan Mesin dan peralatan
• Pihak luar menyewa mesin dan peralatan yang terdapat di institut dengan kadar tertentu.

b. Pembuatan Produk
• Melibatkan kerja-kerja yang dilakukan untuk menghasilkan sesuatu produk oleh pengajar dan/atau pelajar menggunakan mesin dan peralatan yang terdapat di institut atas permintaan pihak luar.

c. Kerja-kerja servis, pendawaian dan pembinaan.
• Kerja-kerja menservis (kenderaan, elektrikal, penyaman udara), pendawaian dan pembinaan yang dilakukan oleh pengajar dan pelajar institut kepada pihak luar.

d. Khidmat nasihat.
• Perkhidmatan memberi nasihat/rundingcara.

MEMORANDUM PERSEFAHAMAN/SMART PARTNERSHIP
Satu kerjasama antara Institut dengan pihak luar (industri) yang akan memberikan manfaat kepada kedua-dua pihak melalui memorandum/nota kerjasama yang dipersetujui dan ditandatangani bersama.
Antara kerjasama yang boleh dijalinkan ialah:
a. Penempatan pelajar bagi tujuan Latihan Industri dan peluang kerjaya.
b. Penggunaan mesin dan peralatan.
c. Pembangunan dan penyelidikan (R&D).
d. Kerjasama latihan.