SEPENUH MASA

Kursus Sepenuh Masa Yang Ditawarkan

ILP IPOH menyediakan 11 Kursus Sepenuh Masa untuk orang ramai. Kursus itu adalah :

Program Sijil

  1. Sijil Teknologi Seramik
  2. Sijil Teknologi Foundri
  3. Sijil Teknologi Kimpalan
  4. Sijil Teknologi Fabrikasi Logam
  5. Sijil Teknologi Elektrik (3 Fasa)
  6. Sijil Pendawai Elektrik 3-Fasa
  7. Sijil Teknologi Penyenggaraan Mekanikal
  8. Sijil Teknologi CADD Mekanikal (Pembuatan)
  9. Sijil Teknologi Penyejukbekuan & Penyamanan Udara

 

Program Diploma

  1. Diploma Teknologi CADD Mekanikal (Pembuatan)
  2. Diploma Teknologi Pembuatan (Perkakasan - Die)

 

Pengambilan

Pengambilan ke ILP IPOH dibuat dua (2) kali setahun iaitu pada bulan Januari dan bulan Julai. Permohonan adalah secara Aplikasi Atas Talian (online) di Laman Web JTM (www.jtm.gov.my/online) bagi sesi kemasukan Januari dan di Laman Web UPU, Jabatan Pengajian Tinggi (http://upu.moe.gov.my) bagi sesi kemasukan Julai. Bagi permohonan melalui Laman Web UPU, pemohon dikehendaki membeli nombor unik ID di Bank Simpanan Nasional (BSN) melalui kaunter BSN, ATM atau SMS Banking.