JABATAN MEKANIKAL (PENGELUARAN)

PENGENALAN

Jabatan Mekanikal Pengeluaran merupakan salah satu daripada tiga jabatan yang terdapat di Institut Latihan Perindustrain Ipoh. Jabatan ini menawarkan kursus-kursus yang berasaskan mekanikal diperingkat Sijil dan Diploma. Persijilan adalah Sijil Teknologi Perindustrian, Jabatan Tenaga Manusia, Sijil Kemahiran Malaysia, Tahap 3 dan Diploma Vokasional Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia. Pelajar akan dianugerahkan persijilan setelah berjaya menamatkan latihan dan memenuhi semua syarat.

Penganugerahan Diploma Vokasional Malaysia adalah daripada Program Kolej Vokasional (KV) yang merupakan kerjasama di antara Jabatan Tenaga Manusia dengan Kementerian Pelajaran Malaysia bagi pelajar lepasan Penilaian Menengah Rendah (PMR).
Jabatan Mekanikal Pengeluaran terus mengorak langkah dalam menawarkan perkhidmatan latihan kemahiran berkualiti, efisien dan profesional menerusi bidang ilmu kemahiran berteraskan Mekanikal bagi melahirkan graduan yang berkemahiran tinggi dan berdaya saing. Bagi menghasilkan graduan yang mantap berkemahiran Jabatan Mekanikal Pengeluaran mempunyai tenaga pengajar profesional, dedikasi dan berpengalaman. Kemudahan infrastruktur disediakan dengan lengkap bagi keperluan pelajar agar berupaya mencapai kecemerlangan dalam latihan.

Jabatan Mekanikal Pengeluaran terdiri daripada:
• Bahagian Teknologi CADD Mekanikal
• Bahagian Teknologi Foundri
• Bahagian Teknologi Seramik
• Unit Subjek Umum (KV)

Jabatan Mekanikal Pengeluaran di ketuai oleh seorang Ketua Jabatan dan dibantu oleh empat orang Ketua Bahagian serta seramai 24 orang pengajar yang mahir dan berpengalaman.

OBJEKTIF

  • Mewujudkan peluang kepada belia lepasan sekolah mendapatkan latihan kemahiran.
  • Mengeluarkan tenaga mahir dalam bidang teknologi tinggi yang berterusan dengan mewujudkan kesinambungan kepada institusi latihan kemahiran peringkat menengah.
  • Meningkatkan kemahiran tenaga kerja sedia ada dalam sektor industri.
  • Menyediakan pelajar lepasan PMR dengan pengetahuan dan kemahiran tahap tinggi.
  • Memberikan peluang kepada pelajar memilih bidang teknologi kemahiran.

Kursus yang ditawarkan di Jabatan Mekanikal Pengeluaran, ILP Ipoh adalah seperti berikut:
1. Teknologi CADD Mekanikal (Pembuatan)
2. Teknologi Foundri
3. Teknologi Seramik
4. Teknologi CADD Mekanikal (Pembuatan) – Program Kolej Vokasional
5. Teknologi Seramik – Program Kolej Vokasional
6. Teknologi Foundri – Program Kolej Vokasional

KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN

Jabatan Mekanikal Pengeluaran dilengkapi dengan kemudahan bengkel dan bilik kuliah untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Kemudahan yang disediakan di jabatan ini mengikut bahagian adalah:

Teknologi CADD Mekanikal (Pembuatan);
– 3D Printer yang boleh menghasilkan sophisticated model
– Printer yang boleh menghasilkan saiz AO
– Komputer dengan perisian AutoDesk Inventor dan Autocad
– Mesin larik
– Mesin kisar
– Mesin gerudi
– Mesin canai
– Pelbagai alatan tangan
– Bilik kuliah dan makmal komputer berhawa dingin

Teknologi Seramik;
– Mesin Powder Press
Kiln
– Mesin pengering (Drying machine for ceramic process)
Silk screen
Mesin Jolly Jigger
Extrusion, Mixer
Ball mill
– Pelbagai alatan tangan
– 3 buah bilik kuliah

Teknologi Foundri;
Induction furnace
Investment casting
Spin casting
Die casting
Sand blast
Shell moulding
Kiln
Sand mixer
– Pelbagai alatan tangan
– Alat pengukuran seperti Charping test dan Hardness test
– Pelbagai alat pengukuran jitu
– Pelbagai mesin kerja-kerja kayu membuat paten
– 2 buah bilik kuliah