JABATAN MEKANIKAL (PEMBUATAN)

PENGENALAN

Jabatan Mekanikal Pembuatan merupakan salah satu daripada tiga jabatan yang terdapat di Institut Latihan Perindustrian Ipoh. Jabatan ini menawarkan kursus-kursus yang berteraskan Mekanikal Pembuatan di peringkat sijil. Persijilan seperti Sijil Teknologi Perindustrian Jabatan Tenaga Manusia dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 akan dianugerahkan kepada pelajar yang menamatkan latihan dengan jayanya.

Penganugerahan Sijil Welder Qualification Test (WQT), Jabatan Tenaga Manusia merupakan sijil tambahan yang akan diberikan kepada pelajar bidang Kimpalan untuk meningkatkan kompetensi berdasarkan prosedur dan garispanduan pelaksanaan WQT mengikut amalan pihak industri serta kod dan standard yang berkaitan dalam memastikan pelajar kimpalan sentiasa berdaya saing dalam pasaran pekerjaan.

Jabatan Mekanikal Pembuatan terus mengorak langkah dalam menawarkan perkhidmatan latihan kemahiran berkualiti yang efisien dan professional menerusi bidang ilmu yang luas berteraskan mekanikal pembuatan bagi melahirkan graduan yang berkemahiran tinggi dan berdaya saing. Bagi mencapai hasil kerja yang membanggakan, Jabatan Mekanikal Pembuatan mempunyai tenaga pengajar yang professional, dedikasi dan berpengalaman serta mempunyai infrstruktur yang lengkap bagi keperluan pelajar agar berupaya mencapai kecemerlangan dalam latihan.

Jabatan Mekanikal Pembuatan terdiri daripada :

  • Bahagian Teknologi Kimpalan
  • Bahagian Teknologi Fabrikasi Struktur Logam (Minyak & Gas)
  • Bahagian Teknologi Pembuatan Perkakasan (Die)
  • Bahagian Teknologi Penyenggaraan Mekanikal

Jabatan Mekanikal Pembuatan diketuai oleh seorang Ketua Jabatan dan dibantu oleh tiga orang Ketua Bahagian serta seramai 26 orang barisan pengajar yang berpengalaman.

Objektif

  • Mewujudkan peluang untuk belia lepasan sekolah mendapatkan latihan kemahiran.
  • Mengeluarkan tenaga mahir dalam bidang teknologi tinggi yang berterusan dengan mewujudkan kesinambungan kepada institusi latihan kemahiran peringkat menengah.
  • Meningkatkan kemahiran dan kompetensi tenaga kerja sedia ada dalam sektor industri.

Kursus yang ditawarkan

Kursus yang ditawarkan di bawah Jabatan Mekanikal Pembuatan adalah seperti berikut:

  • Teknologi Kimpalan
  • Teknologi Fabrikasi Struktur Logam (Minyak & Gas)
  • Teknologi Pembuatan Perkakasan (Die)
  • Teknologi Penyenggaraan Mekanikal

Kemudahan yang disediakan

Jabatan Mekanikal Pembuatan dilengkapi dengan kemudahan bengkel dan bilik kuliah yang terbaik untuk memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran antara pengajar dan pelajar. Antara kemudahan yang terdapat di Jabatan ini mengikut bahagian adalah :

Bahagian Teknologi Kimpalan

  • Mesin Kimpalan Jenis SMAW
  • Mesin Kinpalan Jenis GMAW
  • Mesin Kimpalan Jenis GTAW
  • Mesin Kimpalan Jenis PAW
  • Mesin Kimpalan Jenis SAW
  • Multi Process Welding Machine
  • Resistance Welding Machine
  • Carbon Arc Gouging Machine
  • Plastic Welding Kit
  • Shearing Machine
  • Plasma Cutting Machine
  • Power Saw Industrial Bend
  • Workshop Grinding Machine
  • Pipe Bevelling Machine
  • Plate Bevelling Machine
  • Electrode Baking Oven
  • Air Compressor
  • Pillar Drilling Machine
  • Guided Bend Tester Plunger
  • Mesin Larik Konvensional (Lathe Machine)
  • Forklift Truck (Diesel)
  • Welding Bay Proses SMAW – 40 unit
  • Welding Bay Proses GMAW – 12 unit Semuanya lengkap dengan Fume Extractor (LEV)
  • Welding Bay Proses GTAW – 12 unit

Bahagian Teknologi Fabrikasi Struktur Logam (Minyak & Gas)

  • Bending Machine
  • Cutting Machine
  • Rolling Machine
  • Drilling Machine
  • Air Plasma Cutting Machine
  • Portable Bevelling Cutting Machine (Oxy-Acetylene)
  • Welding Machine
  • Air Compressor
  • Grinding Machine

Bahagian Teknologi Pembuatan Perkakasan (Die)

  • Mesin Larik Konvensional
  • Mesin Kisar Konvensional
  • Mesin Canai Konvensional
  • Mesin CNC Larik
  • Mesin CNC Kisar
  • Mesin CNC Canai
  • Mesin CNC EDM Wire Cut
  • Mesin CNC EDM Sinker
  • Mesin Tekan (Press Machine)
  • Mesin CMM (Coordinate Measuring Machine)
  • Mesin penguji kekasaran (Roughness Tester Machine)
  • Mesin penguji kekerasan (Hardness Tester Machine)
  • Mesin penguji bulatan (Roundness Tester Machine)
  • Mesin Gerudi (Drilling Machine)
  • Power Saw
  • Air Compressor
  • Pedestal Grinder
  • Tool & Cutter Grinder

Bahagian Teknologi Penyenggaraan Mekanikal

  • Alat pengujian (Universal Testing Machine)
  • Mesin larik
  • Mesin kisar
  • Mesin gerudi
  • Mesin canai
  • Mesin kimpalan
  • Pelbagai alatan tangan
  • Makmal Hidraulik